Pony merupakan jurumekap artis yang terkenal dengan lebih 3.4 juta subscribers di Youtube dengan melebihi puluhan jutaan tontonan. Berasal dari Korea Selatan, nama sebenarnya ialah Hye-Min Park, tetapi lebih senang dikenali sebagai Pony.
Dia telah blog tentang dunia kecantikan Korea selama bertahun lamanya. Walaubagaimanapun, Pony bukan sekadar Youtuber semata-mata, dia merupakan beauty guru, trendsetter, dan terus meningkat popular menerusi perkembangan K-Beauty, K-Drama dan K-Pop yang semakin pesat di serata dunia.
Bekerjasama dengan pelbagai jenama kecantikan hebat dunia, Pony kini berada di mana-mana sahaja.
Berikut adalah tujuh perkara yang perlu diketahui tentang Pony.
#1 Pernah Menjadi Jurumekap CL
Walaupun Pony telah berkecimpung dalam dunia vlog sekian lamanya, tetapi populariti mula melonjak naik sejak bekerja dengan bintang K-pop CL. Melalui CL, rata-rata orang ramai mula memberi perhatian kepada setiap gaya dan mekap yang dikenakan CL dan mula mengenali Pony.
#2 Dahulu Bekerja Sebagai Pereka Grafik
Siapa sangka Pony ini dahulu merupakan pereka grafik sebelum menjerumuskan diri dalam bidang kecantikan.
Bercakap pada Soompi, dia suka melukis dan melanjutkan pelajaran dalam bidang grafik semata-mata untuk menjadi seorang pereka grafik. Pernah bekerja di pejabat sebelum ini tetapi ternyata ia hanya sekadar minat biasa, dia tidak benar-benar semangat dan serius mengenainya.
#3 Penulis Buku
Ketika bekerja sebagai pereka grafik, Pony dilamar oleh sebuah syarikat penerbitan untuk menulis buku tentang mekap. Pony telah menulis dan menerbitkan empat buah buku mengenai kecantikan. Sayangnya, buku ini hanya boleh didapati di Korea sahaja, seperti yang dilaporkan di Bustle.
#4 Ada Koleksi Mekap Sendiri
Populariti membolehkan Pony mengeluarkan koleksi mekapnya sendiri, Pony Effect. Ditawarkan dalam harga yang berpatutan, Pony Effect mempunyai segalanya barangan mekap yang dikehendaki wanita seperti maskara, palet pembayang mata, gincu bibir, blushes serta pelbagai lagi.
#5 Peminatnya Serata Dunia
Walaupun Pony adalah Korea, dia sedar kebanyakan pengikut dan peminatnya adalah antarabangsa, jadi dia cuba untuk membuat tutorial yang menarik dan relevan dengan kehidupan mereka. Antara yang paling menarik ialah tutorial solekan hijab, yang mencipta kontroversi.
https://www.youtube.com/watch?v=xqbqgfjn3Ic
“Di kalangan peminat antarabangsa saya, kebanyakan mereka tinggal di negara di mana memakai tudung adalah norma, jadi saya ingin membuat tutorial mekap yang sinonim dengan budaya mereka,” jelasnya pada Soompi.
#6 Sudah Berkahwin
Pony menamatkan zaman bujang tahun lepas dengan teman lelaki yang sudah dikenali selama sepuluh tahun. Berita gembira tersebut dikongsinya di Instagram, menerangkan sebab kenapa dia mulai jarang kemas kini media sosialnya itu.
#7 Pandu Lamborghini Huracan Spyder
https://www.instagram.com/p/BeQMeC6lrAQ/?utm_source=ig_embed
Berkat kerja keras, wanita cantik ini sudah mampu memandu kereta mewah Lamborghini Huracan Spyder yang berharga 300 juta won (~ $ 290,000 USD) hingga 400 juta won (~ $ 380,000 USD), menurut Koreaboo.
Jadi, jika anda ingin mencari inspirasi tentang K-Beauty, Pony adalah saluran terbaik!