Apabila sudah terbiasa berdampingan dengan telefon pintar, rata-rata kehidupan kita sebenarnya dibelenggu masalah jiwa yang boleh dikategorikan sebagai masalah mental dek terlalu obses dengan penggunaan gajet tersebut. Lebih-lebih lagi apabila ia merupakan pintu gerbang untuk kita mengakses dunia luar dengan lebih mnudah menerusi media sosial dan sebagainya.
Meskipun peranti teknologi sering dilabel sebagai “pemusnah kehidupan”, ada juga inovasi lain yang berguna untuk kehidupan manusia dan salah satunya adalah seperti rekaan unggul yang dipanggil Fitbit Versa ini.
Jam tangan pintar yang dilengkapi ciri peranti ini memiliki lebih 15 fungsi kepenggunaan termasuklah lima aplikasi yang bisa meningkatkan mood si pemakai baik lelaki mahupun wanita moden.
Wanista jelaskan beberapa ciri istimewa yang dimiliki Fitbit Versa untuk bantu memulihkan mood harian kamu secara konsisten!
Menyimpan & Memainkan Muzik
Bertindak seperti pemain muzik MP3, jam ini boleh menyimpan lebih 300 buah lagu kegemaran anda kemudian dimainkan pada bila-bila masa dan di mana jua. Boleh juga muat turun lagu-lagu baru guna aplikasi Deezer!
Jejak Kesihatan Wanita
Fitbit Versa yang direka khas untuk memenuhi keperluan kaum hawa ini dilengkapi aplikasi penjejak kesihatan wanita untuk menilai serta mengukur tempoh haid dan tahap kesuburan.
Paparan Senaman Pada Skrin
Biarpun kamu mahu bersenam sepanjang hari, tak usah risau kerana jam pintar ini dilengkapi bateri yang mampu bertahan selama empat hari tanpa cas semula. Boleh rujuk langkah senaman kegemaran kamu dengan mudah menerusi skrin paparan jam ini yang boleh ditetapkan mengikut kehendak.
Jawab Panggilan & Balas Mesej Secara Langsung
Mulai dari hari ini, terima panggilan dan balas segala mesej dan email kamu menerusi jam tangan Fitbit Versa. Ia boleh disambungkan terus pada fungsi telefon pintar kamu secara sistematik. ***Hanya untuk Android
Pembayaran Tanpa Wang Tunai
Tak menyerabutkan kepala, kini pengguna boleh membeli-belah tanpa menggunakan wang tunai! Baik anda mahu menggunakan kad debit atau kredit, sentuh sahaja jam yang dilengkapi cip NFC pada peranti yang disediakan pihak gedung untuk membuat pembayaran.
Harga pasaran Fitbit Versa adalah dari RM990 hingga RM1,120 seutas, tidak termasuk aksesori gantian lain. Jika mahukan kelainan, mungkin jam tangan pintar ini boleh dihadiahkan kepada ibu kamu sebagai bingkisan Hari Ibu menjelang 13 Mei nanti!