Hadiah yang paling best bila hari lahir? Bukan harta benda mahal, tetapi memadai berada di samping orang yang kita sayang, keluarga mahupun teman rapat.
Itu yang dilakukan oleh anak bujang pasangan Beckham, Brooklyn yang bertindak membuat kejutan untuk bapanya, David Beckham di sebuah restoran di London.
https://www.instagram.com/p/BiTgWszjkx6/?taken-by=brooklynbeckham
Baru-baru ini, David Beckham meraikan ulang tahun ke-43, kesemua isi rumah (Victoria, Romeo, Cruz, Harper) ada di situ untuk meraikan momen istimewa kecuali Brooklyn yang dilaporkan berada di New York, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang fotografi.
Secara tiba-tiba Brooklyn muncul dalam restoran dan memeluk bapanya dari belakang, pelukan akrab yang meninggalkan momen bermakna, mampu membuatkan kita yang menonton menitiskan air mata, ternyata bertapa mereka berdua merindui satu sama lain.
Victoria yang merakamkan momen tersebut juga seolah-olah terkejut dengan tindakan Brooklyn itu.
Rasanya bukan penulis sahaja yang admire dengan keluarga ini bahkan semua orang sukakan mereka. Ikatan keluarga yang cukup rapat!