Wanita Perancis dan Korea menggunakan air ajaib ini sebagai salah satu rutin kecantikan mereka.
Micellar Water mengandungi micelles yang merupakan molekul kecil dengan tekstur seperti air yang dapat mengangkat debu, kotoran dan sisa-sisa mekap bahkan juga kulit nampak lebih berseri dan terhidrat sentiasa. Semua jenis kulit boleh mendapat manfaat daripada Micellar Water tetapi mengesyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering, sensitif atau berjerawat.
Baca: Adakah ‘Air’ Ini Rahsia Untuk Miliki Wajah Sempurna Bak Gadis Kpop?
Tetapi tahukah anda micellar water bukan sekadar membersihkan mekap semata-mata, ia juga berguna untuk perkara lain seperti…
#1 Kasut kotor
Tahukah anda produk Garnier ini boleh menghilangkan kesan kotoran pada kasut jenis fabrik suede.
micellar water has just took all the stains out my suede heels 🙀🙀🙀 everyone needs to try this pic.twitter.com/W89ozfd03q
— kiera (@kieraohagan) January 22, 2018
Hal ini dibuktikan oleh seorang pengguna Twitter, Kiera O’Hagan, yang menggunakan makeup remover ini untuk membersihkan kasutnya yang sudah kelihatan berlapuk. Menjelaskan bagaimana dia membersihkan kasutnya, Kiera berkata bahawa dia hanya meletakkan beberapa titis micellar water ke kapas dan terus sapu di tempat yang kotor sebelum ianya kering.
#2 Bedak kompak
Bedak kompak anda jatuh, habis rosak. Jangan risau sebab ada cara untuk membaiki retak di bedak kompak dan ia melibatkan micellar water.
Cuma tuangkan sedikit titisan micellar water ke dalam bedak kompak dan ratakan kesemuanya, serta-merta ia kembali baik seperti mula-mula beli. Bahkan, bahan-bahan dalam micellar water ini membantu untuk menetapkan semula bedak anda, bermakna lebih mudah untuk terus menggunakannya.
#3 Bersihkan berus mekap
Setakat ini semuanya berfungsi dengan baik, bukan. Micellar water juga dapat melakukan keajaiban pada berus mekap yang kotor.
Titiskan micellar water ke dalam secawan air, celupkan berus ke dalamnya dan biarkan seketika. Selepas itu keringkannya dengan tuala bersih. Berus anda bukan sahaja bersih malah solekan menjadi lebih baik dan flawless. Lakukan ini setiap dua minggu.
#4 Mudah tanggal bulu mata palsu
Pakai bulu mata palsu memang cantik tapi adakalanya susah nak tanggal.
Micellar water membantu anda untuk menanggalkan bulu mata palsu dengan mudah. Sekiranya anda mahu menanggalkan tanpa rasa sakit, rendam pada kapas atau hujung putik kapas dalam micellar water, selepas itu tekap pada bulu mata anda. Ini akan membantu melonggarkan bulu mata supaya anda boleh menariknya dengan lebih mudah.
Anda boleh gunakan apa sahaja jenama micellar water, tidak terikat pada Garnier sahaja.