Siapalah tak teruja untuk menggunakan produk kecantikan terutamanya bila anda baca banyak testimoni yang berjaya di Facebook dan Instagram.
Lagikan pula produknya sangat mudah dan kesan penggunaan boleh nampak seawal 3 hari! Amboi, memang tak menang tangan rasa nak prepare skin care routine dengan produk baru.
Cuma disini Wanista mahu mengingatkan anda semua, bahana produk timbang kilo dan cepat berkesan punya akibat merbahaya dalam jangka masa yang panjang. Wanista senaraikan reaksi kulit anda dari kesan penggunaan produk yang tidak sesuai dan merisikokan kesihatan kulit anda.
#1 Kulit terasa panas
Lapisan kulit mula terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Ini biasa terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak ‘bekerja’ pada muka anda. Rasa panas boleh menimbulkan iritasi lagi berisiko dan menimbulkan radang (kemerah-merahan). Jangan abaikan dan hentikan pemakaian produk serta dapatkan nasihat doktor.
#2 Kering dan kusam
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembab tapi hasilnya kulit jadi semakin kering dan menggerutu. Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroikda yang banyak.
#3 Kulit jadi lebih sensitif
Tidak sampai beberapa minit berada diluar, kulit anda sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ianya berkemungkinan dari produk skin care yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hati produk yang mengandungi retinoic acid akan menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
#4 Menggelupas
Ramai yang kata kulit menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Wait a minute! Tahukah anda lapisan kulit yang pertama (epidermis) amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan kulit menggelupas apa jadi seterusnya? Hmmm..
Ingat produk yang sesuai tidak semestinya selamat dengan kulit anda! Jadi, tolonglah jangan terpedaya dengan keyboard warrior yang pertahankan produk ‘sampah’ mereka. Oppss..