Inilah padahnya kalau dah gatal sangat nak tindik sendiri tanpa menggunakan khidmat pakar.
Seorang gadis, 22, bertindak membeli pistol murah di eBay untuk menindik hidung tetapi sayangnya…
Natalie Fletcher membeli kit kelengkapan menindik pada harga murah £5.69 (RM27) di eBay dan meminta kakaknya membantu dia meletakkan stud di hidungnya. Walaubagaimanapun ia tersekat di hidung bila Natalie ingin mengeluarkan pistol tersebut sejurus selepas bunyi das tembakan. Keadaan tersebut membuatkan Natalie panik dan cuba untuk mengeluarkan pistol yang tersekat di hidungnya dengan pertolongan kakak.
Mula merasa sakit, Natalie menyedari dia mungkin memerlukan bantuan untuk mengeluarkan pistol logam selepas beberapa cubaan dengan kakaknya tidak berjaya.
Produk eBay itu mendapat ulasan empat bintang dan dilengkapi dengan 100 studs, mudah dibeli secara atas talian, penggunaannya juga mudah dengan hanya beberapa klik.
Itulah padahnya bila pandai sangat…