Kini kecoh di media sosial dan melebihi beribu perkongsian telah dibuat oleh netizen apabila Dato’ Fazely Yaakob dan isteri lantang bersuara mengenai bekas wanita pertama Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Beliau merupakan ibu kandung kepada isteri Dato’ Fazley, Datin Azrene Ahmad yang umumnya ramai yang tidak tahu.
Berani Datin Azrene mendedahkan mengenai sikap sebenar ibu kandungan dan kesukaran hidup apabila bersama ibunya. Begitu juga dengan Dato’ Fazley yang kembali menceritakan kisah perjuangan arwah bapanya yang ditindas kerana bersekutu dengan Tun Mahathir Mohamad.
https://www.instagram.com/p/BimYyn6hZRQ/?taken-by=fazleyyaakob
Tidak terkejut rasanya apabila posting di laman Instagram Datin Azrene telah dibuang oleh pihak Instagram, namun Dato’ Fazley memuatnaiknya semula di akaun miliknya.
https://www.instagram.com/p/BinAK2ug0yI/?taken-by=fazleyyaakob
Ramai netizen terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh pasangan ini. Ada diantara mereka meminta Dato Fazley dan isteri sedia memberi kemaafan dan ada yang mohon untuk mereka menjaga keselamatan diri serta keluarga.
Sejauh mana agaknya kisah ini akan dibawa dan paling menjadi persoalan dikalangan netizen juga adakah kisah ini benar atau skeptikal mahu perhatian dari kemenangan Tun Mahathir.
Dari penulis, berharap semua ini dijadikan tauladan dan jika benar salah disisi undang-undang pasti akan diambil tindakan.