Anda sanggup buat demi artis kesayangan?
Dilaporkan, sebuah band “underground” mencipta momentum di Jepun dengan mengadakan sesi interaktif yang membawa mereka lebih dekat kepada peminat dengan cara bayaran.
Ya. Tida seperti idola arus perdana, band yang dikenali sebagai menzu chika aidoru, mempunyai kebebasan dalam kehidupan peribadi malah pekerjaan mereka sebagai ahli muzik. Kerana mereka tidak berada di bawah label hiburan yang besar, mereka lebih mudah berhubung dengan para peminat.
AbemaTV mendedahkan bagaimana mereka mengadakan sesi meet and greet melibatkan peminat. Ternyata, peminat dikenakan bayaran untuk beberapa minit dalam melakukan pelbagai aktiviti yang cukup romantis.
Dilaporkan, peminat dikenakan caj 1,000 yen ($9.13 – RM36) seminit untuk sesi interaksi. Ini termasuk berbual, memeluk dan “mencium jari” – di mana jari diletakkan di tengah-tengah bibir ahli band dan peminat. Hebatnya…
Bukan itu sahaja, beberapa band underground lain juga melakukan perkara yang lain cuma mengenakan bayaran berbeza, ada yang sehingga 1,500 yen ($13.69).
Untuk aktiviti itu sahaja, band ini memperoleh “beberapa ratus ribu ringgit” sebulan, menurut Kotaku.
Sampai macam tu sekali ye…