Kalau dah minat kucing, hampir dengan semua benda nak dikaitkan dengan si comel itu. Begitu juga dengan penulis yang amat menyukai kucing. Ia comel, keletah yang melucukan dan kadangkala buat kita jadi obses dengan kecantikan warna bulu, mata dan semualah!
Mesti ada yang sangat obses dengan kucing sampai dibuat tidur, gantikan dengan bantal busuk atau anak patung. Memang seronok dapat tidur dengan haiwan kesayangan namun harus berwaspada dengan ancaman kesihatan. Ya tahu, kucing antara haiwan yang dikira sebagai pembersih tapi apa pun diingatkan
#1 Waktu tidur tak sama
Kucing memang kuat tidur! Mereka mampu tidur selama 15 jam tapi waktu tidur kucing tidak sama dengan manusia. Bayangkan anda tidur satu bilik bersama kucing dan kemudian ia akan bangun sekitar 2 atau 3 pagi memang boleh terjaga dibuatnya. Kucing sangat aktif sekitar masa itu dan ia masih menjadi tanda tanya pakar.
#2 Jangkitan bakteria
Bulu kucing memang menawan samada ia lebat, kembang, lembut dan berkilat. Si penjaga harus berjaga-jaga kerana bulu kucing boleh menjadi pembawa kuman dan bakteria. Iyalah kotoran dari kotak najis boleh melekat pada bulu dan ditinggalkan pada kawasan katil anda.
#3 Kucing boleh ‘mengamuk’
Kucing ada sikap memberontak bila ia terasa haknya dicabul, jangan main-main ya! Jika anda terasa sudah tidak mahu tidur bersama atau mengalihkan ia ke tempat baru. Kucing akan beri reaksi negatif seperti mencakar dan merosakkan perabot, kencing merata dan banyak lagi. Bagi tindakan ‘memujuk’, beri ia permainan baru untuk ia melepaskan rasa ‘marah’.
Sediakan ruang khas untuk kucing anda ya!