Kini wanita moden lebih prihatin tentang penjagaan peribadi. Kecantikan bukan sahaja pada luaran semata-mata malah kebersihan dalaman turut mempengaruhi penampilan mereka.
Ada wanita yang mengambil berat tentang penjagaan luaran tetapi pembersihtan anggota dalaman acap kali diabaikan, contoh paling tepat adalah kebersihan alat sulit yang adakalanya tidak diendahkan.
Pernah terjadi bahagian alat sulit mengeluarkan bau kurang senang sehingga menyebabkan ketidakselesaan?Yang pasti masalah bau di bahagian itu sememagnya tidak menentu, tetapi apa yang menyebabkan ianya berbau?
Sebab Vagina Kamu Berbau
- Peluh
Pelbagai jenis makanan yang anda makan mempunyai pengaruh yang besar terhadap bau peluh yang dihasilkan. Apabila kawasan Miss V berpeluh, secara tidak langsung boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
- Foto – Tribunnews.com
Jadi, pemilihan seluar dengan jenis yang betul (menyerap peluh) baik untuk mengelakkan kelembapan yang berlebihan menyebabkan bau di tempat ini.
- Kitaran haid
Perubahan hormon dalam badan yang berlaku sebelum dan semasa haid menjadi salah satu punca terjadinya bau yang tidak menyenangkan di sekitar organ seks anda.
- Foto – Sex & U
- Jangkitan
Apabila anda mengalami bau yang sangat kuat di kawasan Miss V (biasanya disebabkan keputihan, gatal-gatal, dan kerengsaan), sudah tiba masanya untuk anda lebih berwaspada.
- Foto – women-info.com
Ini mungkin disebabkan oleh kulat atau bakteria yang berkembang di organ seks anda, yang mengubah keseimbangan pH sehingga menyebabkan jangkitan dan bau.
Pulih Dengan Makanan Ini
- Jus kranberi
Sarat dengan sebatian asid yang melawan bakteria jahat, jus kranberi dapat membantu anda mencegah dan melegakan jangkitan saluran kencing.
- Foto – Organic Facts
Kalau boleh amalkan minum jus kranberi yang semula jadi, dan bukannya tambahan gula.
- Buahan-buahan vitamin C
Buah jenis ini mempunyai manfaat Vitami C yang membantu stamina dan mengekalkan kebersihan Miss V dengan membuang radikal bebas yang mengganggu kesihatan seksual yang normal.
- Foto – Massage Magazine
- Yogurt
Ia mempunyai bakteria baik yang membantu usus melawan bakteria jahat. Makan yogurt lebih kerap boleh membantu menyingkirkan jangkitan yis pada vagina yang membawa kepada bau busuk.
- Foto – Creative Green Living
Selamat Beramal!