Apple Music secara senyap mengeluarkan muzik R. Kelly dari playlist beberapa hari selepas Spotify secara terbuka mengumumkan bahawa tidak lagi akan mempromosi muziknya.
Dasar baru akan menghentikan promosi terhadap artis yang mempunyai lirik lagu dengan “kandungan kebencian” atau “menunjukkan tingkah laku kebencian secara peribadi” daripada dimainkan dalam servis mereka.
Yang pasti, ia adalah minggu yang amat sukar bagi penyanyi R&B 51 tahun itu yang selama ini terlibat dalam tuduhan penderaan seksual yang berlaku beberapa dekad.
Keputusan perkhidmatan penstriman untuk tidak lagi memainkan muzik Kelly dari servis mereka terjadi selepas organisasi Time’s Up, yang membantu wanita selepas mengalami gangguan seksual, mengeluarkan kenyataan mendesak siasatan lanjut mengenai kelakuan Kelly. Kerana itu juga, Kelly membatalkan konsert di Chicago selepas gerakan boikot #MuteRKelly berleluasa.
https://www.youtube.com/watch?v=GIQn8pab8Vc