NORMAL. Memang gadis ini kelihatan normal belaka lebih-lebih lagi apabila berketerampilan comel seperti patung Barbie hidup. Gayanya pula sakan dengan aneka pakaian ranggi, di samping rambutnya yang panjang itu dibiarkan lepas bersahaja. Namun, tahukah kamu di sebalik semua ini bintang baru berusia 23 tahun itu sebenarnya mempunyai agenda tersembuyi yang boleh dianggap pelik dan misteri?
I’M POPPY!
POPPY, itulah nama yang sering dikaitkan dengan Illuminati sejak kebelakangan ini. Jika kamu mengikuti perkembangan muzik barat, kamu pasti mengenali gadis ganjil yang sering memuat naik rakaman video-video pelik ke akaun saluran Youtube miliknya [POPPY]. Jadi, siapa sebenarnya Poppy ini? Ayuh Wanista bawa anda menjelajah ke alam ciptaan Poppy.
Tonton Video Pelik Poppy Yang Berjalan Seorang Di Tanah Lapang Sebelum Didatangi Entiti Hitam
https://www.youtube.com/watch?v=yRNZy3MHhnE
Pernah merangkul anugerah sebagai bintang baharu popular merangkap sensasi internet sekitar penghujung tahun lalu di Streamy Awards 2017, meskipun muzik-muzik yang dinyanyikannya tidaklah begitu menarik seperti nyanyian artis pop Melanie Martinez atau Lana Del Rey, Poppy pastinya telah mengumpul ramai peminat tersendiri dalam kalangan peminat muzik alternatif.
Siapa Sebenarnya Poppy?
I’M POPPY!
Asalnya, Poppy adalah gadis remaja biasa yang bernama Moriah Rose Pereira. Menurut sumber, dirinya dibesarkan di Nashville, Tenessee, sebelum berhijrah ke Los Angeles sekitar 2014 untuk meneruskan impiannya sebagai pemuzik terkenal. Dia kemudian menandatangani perjanjian dengan sebuah label muzik iaitu Island Records, lalu berjaya mengeluarkan single pertama berjudul “Everybody Wants To Be Poppy” pada 2015. Album pertamanya, Bubblebath pula dilancarkan pada 2016.
Bagi yang tidak mengetahui latar belakang Poppy, dia dahulu pernah menyanyi sambilan bersama sebuah band. Kerjaya muziknya bermula seperti kebanyakan selebriti lain namun entah mengapa sejak dirinya bersetuju untuk berada di bawah naungan Island Records, personaliti dirinya yang normal serta-merta berubah secara drastik sehingga dia dianggap pelik dalam kalangan netizen.
Perwatakan Pelik Seperti Dikawal Sesuatu?
Meskipun Poppy banyak dikaitkan dengan elemen “Kawaii” kerana karakter fesyennya yang pelbagai dan suka menonjolkan rona-rona pastel, dirinya seolah-olah memiliki identiti lain di sebalik keterampilan fizikal yang girang itu.
Ramai menyedari akan keganjilan itu sejak video dia ditemu ramah oleh beberapa orang pengacara radio bagi sebuah segmen tersebar.
Tonton Temu Bual Bersama Poppy
Suaranya ketika berkomunikasi adalah sangat mendatar persis robot dan setiap kali diajukan soalan, dia akan menjawab dengan jawapan yang kurang difahami sekaligus membuatkan dirinya kelihatan seperti dikawal entiti lain. Hal itu banyak mengundang perdebatan di antara warga internet dan ramai menganggap Poppy sebenarnya adalah simbol kepada kuasa jahat Illuminati.
Sesetengah individu berpendapat bahawa Poppy bisa mengawal minda penonton dan orang di sekelilingnya.
Sebelum ini ramai selebriti popular lain yang dikaitkan dengan Illuminati. Bahkan, mereka banyak mengetengahkan simbol kumpulan ikutan tersebut di dalam kebanyakan video muzik -ini termasuklah Beyonce, Lady Gaga, Eminem, Katy Perry, Madonna, Kanye West dan Rihanna.
Antara simbol propaganda Illuminati adalah seperti simbol segitiga yang membentuk piramid, mata dajjal, nombor 336 dan lain-lain.
Tonton Video Penerangan Illuminati
Seperti Poppy sendiri, dia secara halus mengetengahkan simbol Illuminati menerusi lirik lagu, cara pemakaian, gerak tangan, tarian serta ungkapan kata-kata tersembunyi di dalam kebanyakan video peribadinya yang selalu dimuat naik ke Youtube.
Suatu masa, Poppy pernah ditanya oleh wartawan tentang kehidupan masa lalunya namun dia tidak bisa menjawab sepatah pun kerana menurutnya, dia tidak dapat mengimbau kenangan masa lampaunya secara jelas. Dia sudah lupa dan tidak penting pun untuk orang tahu dari mana assal-usulnya. Keadaan itu umpama menguatkan pendapat yang sebenarnya gadis ini sudah di “brainwash” oleh pihak tertentu agar dia bisa menjadi manusia yang baharu secara menyeluruh.
Jika kamu semua cuba mencari maklumat peribadi Poppy di Google sekalipun, tiada satu pun maklumat sahih yang boleh menceritakan asal-usulnya. Perihal atau foto-foto berkaitan keluarga Poppy juga sukar ditemukan.
Persoalannya kini, apakah tujuan Poppy untuk mewujudkan persona di luar kotak sebegitu? Benarkah dirinya selama ini telah dikawal entiti misteri lain yang secara tidak langsung telah mengubah personaliti dirinya yang normal menjadi ganjil? Tiada sesiapa pun yang bisa menjawab setiap persoalan itu.
Terdapat satu pendapat bahawa Titanic Sinclaire yang sebenarnya merupakan dalang di sebalik semua ini. Tujuannya? Mungkin kerana untuk mengundang lebih banyak perhatian daripada netizen supaya menganggap Poppy sebagai simbol yang hebat dalam alam maya bernama Internet. Dalam kata mudah, Poppy umpama ‘binatang’ yang telah digunakan Titanic Sinclaire untuk mengaut keuntungan dalam industri muzik di Hollywood.