Jikalau anda sering melihat perkembangan semasa politik Amerika Syarikat pasti perasan akan kehadiran wanita pertama negara tersebut Melania Trump yang sering berdamping dengan si suami. Namun kadangkala timbul persoalan dikalangan masyarakat apabila melihat wajah pucat dan sugul Melania adakah disebabkan keletihan?
Rupanya beliau disahkan menghidapi ketumbuhan atau tumor pada buah pinggang iaitu benign.
Pada Isnin lalu, Melania Trump telah dimasukkan hospital untuk menjalani pembedahan dan merawat buah pinggang beliau yang berisiko itu. Menurut dari jurucakap White House, isteri kepada Donald Trump itu kini dalam keadaan baik dan tidak mempunyai sebarang komplikasi.
Minggu lalu, beliau sering mengelak dari bertemu media tapi tetap meneruskan program inisiatif negara demi dokongan terhadap suaminya. Kini Melania diberi rehat sepenuhnya di Pusat Perubatan Tentera Walter Reed diluar Washington.
Tumor benign ialah sejenis ketumbuhan yang keras, kecil dan sukar ditemui. Punca terjadi benign sehingga kini masih belum ditemui. Kaum wanita pertengahan umur lebih mudah diserang benign berbanding lelaki.
Semoga Melania Trump cepat sembuh dan kembali aktif di White House!