Jika ditanya pada sesiapa pun, impian untuk berpuasa penuh itu ada dalam diri semua orang baik lelaki dan wanita, mahupun kanak-agak. Agak sukar untuk wanita namun lebih sukar lagi bagi yang menghidap penyakit berkala seperti gastrik kerana sukar beramal kehadirannya.
Kalau boleh, kita tidak mahu bercuti daripada berpuasa. Namun, bagaimanakah caranya untuk menetapkan diri agar terus berpuasa selagi mampu? Islam itu sendiri tidaklah kejam di mana, orang yang tidak mampu dibenarkan berbuka dengan segera di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielak.
Khas buat kamu yang sering tertanya-tanya, ini Wanista hidangkan panduan berguna bagaimana kamu bisa mengawal cara pemakanan dan pengambilan diet sepanjang bulan Ramadhan yang bisa mengelakkan diri dariapda diserang gastrik.
Definisi Gastrik
Gastritis atau lebih senang disebut gastrik adalah sejenis penyakit pedih atau rasa sakit pada perut hingga ke bahagian ulu hati. Ia berlaku disebabkan keradangan lapisan permukaan perut yang kemudian disokong oleh tindakan si mangsa yang tidak makan tepat pada waktunya. Ia juga berkemungkinan terjadi kerana bahagian perut sudah dipenuhi asid sehingga menyebabkan kesakitan teramat.
Tanda-Tanda Gastrik
- Sakit di bahagian ulu hati
- Perut kembung
- Sendawa yang kerap
- Loya dan muntah
- Muntah darah atau najis bewarna hitam
Punca Gastrik
Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga pH2 yang mencernakan makanan. Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut dan menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.
Lebih 80 peratus penderita penyakit gastrik disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dan stress.
Cara Pemakanan Terbaik Untuk Pesakit Gastrik Sepanjang Ramadhan
Menurut rancangan Dr. Oz, pesakit gastrik perlulah menjaga serta bijak mengawal pemakanan kerana ternyata, di luar sana ada banyak makanan yang bisa menjadikan gastrik lebih teruk.
Umunya, makanlah banyak makanan yang berasaskan buah dan sayuran pelbagai warna, bayam, aneka kekacang termasuklah badam, daging tanpa lemak, ikan salmon dan minyak zaitun.
Sila Elak:-
- Buah-buahan berasid seperti oren atau lemon.
- Makanan bergoreng dan berlemak.
- Minuman berasaskan kafien seperti kopi, teh dan air bergas.
- Segala macam makanan yang berasaskan tomato seperti spaghetti atau lasagna.
- Segala macam makanan segera yang diproses seperti makanan dalam tin.
- Makanan atau minuman yang mengandungi terlalu banyak gula.
Amalkan:-
Selain makanan yang tersenari di atas kamu juga boleh mengamalkan makanan yang berasaskan…
- Lauk-pauk yang direbus dan dipanggang lebih baik
- berbuka dengan kuantiti berserdehana
- Ikut sunnah Rasulullah s.a.w dengan menyegerakan makan berbuka dan bersahur di hujung waktu (melewatkan sahur).
- Berhenti makan 3 hinggga 4 jam sebelum tidur untuk merehatkan sistem pencernaan. ***Tak perlulah bermoreh sangat ye?
- Makan makanan yang bersumberkan karbohidrat supaya ia boleh tahan lama sekaligus buat kamu lambat lapar.
- Minum susu masa sahur.
- Partikkan meminum sekurangnya 2.5 air kosong setiap hari iaitu ketika bersahur dna berbuka.
Tips!
Kajian menunjukkan kandungan asid adalah paling tinggi pada waktu tengahhari. Oleh itu, jika kamu mengalami sakit ulu hati yang teruk, sila dapatkan pandangan doktor kerana puasa mungkin akan memudaratkan. Biarpun begitu, ianya tidak harus dijadikan alasan untuk tidak berpuasa sepanjang Ramadhan jika kamu mengikuti segala perkara yang dibincangkan di atas tadi.
Petang ni tengok anak bulan! Selamat berpuasa semua ❤