Ada tak sesiapa yang setiap kali melihat pembungkusan yang comel dan cantik, hatinya akan berbunga riang, rasa happy dan senyuman terukir di bibir? Kita geng!
Nak tahu, peminat Disney Tsum Tsum pasti akan gembira dengan Koleksi Tsum Tsum yang baru dilancarkan oleh Mentholatum. Bukan sahaja koleksi ini kelihatan sangat comel dan menarik terutamanya kepada peminat Tsum Tsum, ia juga amat segar dan seronok untuk digunakan dengan kedua-dua aroma buah-buahan yang menceriakan dan aroma bunga yang menyegarkan. Dengan rumusan ramuan yang membelai dan lembut pada kulit, produk ini bertujuan untuk memberikan hasil yang terbaik kepada kulit anda.
Koleksi Mentholatum Tsum Tsum terdiri daripada masker wajah, pelembap bibir, krim tangan serta pencuci muka.
Mentholatum Tsum Tsum Masker Wajah (RM7.90, setiap satu) – Mentholatum Tsum Tsum masker wajah boleh didapati dalam 4 varian: Rose, Lavender, Honey dan Tea Tree. Setiap topeng ini mengandungi bahan-bahan yang membantu memperbaiki pelbagai keadaan kulit.
Mentholatum Tsum Tsum Face Wash (RM14.90) – Terdapat dua varian iaitu Hydra & Whitening Face Wash dan Pore Washing Face Wash, pencuci muka Mentholatum Tsum Tsum dirumuskan khas untuk kulit orang Asia yang sering didalam keadaan cuaca panas dan lembap.
Mentholatum Tsum Tsum Fruity Lipbalm (RM11.50) – Pelembap bibir Mentholatum Tsum Tsum Fruity dirumuskan dengan Vitamin E, Minyak Argan, Minyak Bijian Meadowfoam dan ramuan pelembap yang menghidratkan dan mengkhasiatkan bibir.
Mentholatum Tsum Tsum Hand Cream (RM16.90) – Terdapat tiga variasi Rose, Lavender dan Jasmine – Krim Tangan Tsum Tsum Mentholatum mengandungi minyak badam dan minyak bijian bunga matahari serta ramuan pelembap yang lain untuk melembapkan kulit dan memastikan kulit kelihatan lebih muda.
Koleksi ini boleh didapati Watsons, AEON Wellness, Caring dan Sasa di seluruh negara.