Lazimnya bagi orang yang berdiet, segala macam pencuci mulut akan ditolak gara-gara tak mahu usaha untuk kurus jadi sia-sia. Keadaan ini berbeza dengan orang yang obses dengan penjagaan kulit kerana kebanyakan yang menjaga kecantikan sering berjaga-jaga dalam pengambilan manisan.
Umumnya, ramai percaya bahawa gula boleh memudaratkan kesihatan kulit kerana ia bisa menyebabkan jerawat, pigmentasi serta menggalak pertumbuhan bulu-bulu halus serta kemunculan kedutan di wajah. Akan tetapi, janganlah terlalu lekas membuat andaian. Itu hanya akan berlaku jika kamu tidak mengawal pengambilan gula. Khas buat semua, ini Wanista kongsikan lima jenis manisan yang bukan sahaja akan memuaskan selera sekaligus buat kulit cantik secara mudah!
#1 Ais Krim Kacang Merah
Tahukah kamu bahawa kacang merah memiliki elemen yang dapat mencerahkan kulit serta menaikkan seri wajah. Jadi, tak salah pun sebenarnya kalau korang makan banyak ais krim kacang merah ni.
Selain itu, kandungan vitaminnya yang tinggi juga mampu membekalkan antioksidan kepada kulit. Antara khasiat terbaik untuk kulit yang terkandung dalam kacang merah adalah assid amino, gluconeogenesis, neurotransmitter synthesis, histamine synthesis,asid lemak, lipid and hemoglobin synthesis. Jadi siapa kata ais krim tidak molek untuk kesihatan?
#2 Kek Walnut
Kekacang yang biasanya mengandungi zat memang baik untuk kulit termasuklah kacang walnut ni!
Bagi yang tidak tahu, walnut dapat memudarkan parut serta memulihkan luka lebih cepat jika diambil sebagai makanan harian tau! Biasanya kacang yang terkandung dalam kek atau roti tidak hilang khasiatnya memandangkan ia dicampur mentah atau mungkin dipanggang sedikit sahaja untuk menimbulkan aroma sebagai salah satu bahan perasa utama. So… tak perlu rasa bersalah kalau ada orang menjamu kamu dengan kek walnut!
#3 Serawa Labu
Ya ampun. Siapa je yang tak suka serawa kan? Lagi-lagi kalau serawa nangka, memang sedap tak terkata! Tetapi untuk mendapatkan khasiat terbaik untuk kulit, penulis syorkan kamu untuk makan serawa labu.
Labu sebenarnya mengandungi banyak kebaikan untuk kulit dan antaranya adalah termasuk kaya dengan Vitamin C untuk halang kerosakan kulit radikal, kekusaman dan bantu pulih kedutan. Selain itu, karatenoid yang serinng diklasifikasikan dalam buah dan sayuran kuning bisa melembutkan permukaan kulit (elak kulit jadi tegang dan bersisik.
#4 Yogurt Beku
Tak kisahlah Tutti Fruti atau LiaoLiao, bagi sesiapa yang memiliki masalah kulit agresif seperti kulat, ruam, kurap atau ekzema, makanlah banyak frozen yogurt. Ini kerana yogurt itu sendiri sebenarnya mampu melawan permasalahan kulit yang dihadapi secara berkesan. Pakar bersetuju yang yogurt memang merupakan penawar terbaik untuk membunuh penyakit kulit yang berkait rapat dengan ketumbuhan kulat kulit jenis tinea.
#5 Turkish Delight
Kuaci atau biji bunga matahari sememangnya banyak bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan. Salah satu cara untuk memanjangkan usia kulit adalah dengan menikmati hidangan berkuaci seperti manisan turki yang dipanggil turkish delight.
Ini kerana, kebanyakan turkish delight akan disertai campuran kekacang jenis kuaci. Menurut fakta lagi, mengambil suku cawan kuaci setiap hari sebenarnya bantu menyalurkan lebih 90% Votamin E penuh untuk memperbaiki sel kulit dan permasalahan kritikal lain seperti jerawat, ekzema dan psoriasis.
Jadi, jangan segan silu untuk memakan pencuci mulut kerana tak semua pemcuci mulut itu memberii bahana kepada kesihatan.
Selamat beramal! ❤