Kalau ada Tun Siti Hasmah disisi Tun Mahathir pasti netizen tidak sudah berkata-kata tentang pasangan comel dan inginkan rasa romantis manis seperti mereka berdua.
Tak dilupakan juga dengan penampilan pasangan ini yang sempoi dan bersahaja. Tular baru-baru ini Tun Mahathir hanya memakai sandal dari jenama Bata. Paling best bila sandal itu hanya berharga RM12!
Okay, rasanya dah banyak cerita tentang Tun M. Apa kata kali ini Wanista bingkiskan tentang gaya fesyen Wanita Pertama kita ini. Memang senang sekali melihat cara berpakaian Tun Siti Hasmah, biasa-biasa, ringkas dan paling penting ialah sopan.
#1 Baju tradisional
Kemana sahaja beliau pergi baju kurung dan kebaya labuh tetap menjadi pilihan. Benar, paling senang untuk tampil formal ialah dengan dua pilihan tersebut, lebih-lebih lagi Tun Siti Hasmah pasti sibuk dengan kepelbagaian acara korporat. Dari pandangan Wanista, Tun berjaya mengayakan baju tradisional tanpa rasa rimas. Terletak elok sahaja pada tubuhnya bukan seperti remaja sekarang malu kalau berbaju kurung.
#2 Manis bunga-bunga
Corak floral dan warna lembut seperti merah jambu kerap kali kita dapat lihat Tun bawakan. Sinonim dengan perempuan dan bunga, apa lagi inilah peluang untuk tampil manis-manis. Kalau beli kain untuk baju kurung atau kebaya jangan pilih corak yang berat atau terlalu abstrak. Tiru sahaja Tun Siti Hasmah, bunga all the time!
#3 Tak lupa selendang
Sebagai pelengkap gaya kelembutan dan tradisional, Tun hamparkan selendang pada bahu kirinya dipin bersama kerongsang. Ada juga ketika Tun mengenakan skaf pada leher atau dililit diatas kepala.
#4 Rantaian mutiara
Jarang sekali melihat Tun memakai aksesori batu pertama sampai berkelipan. Apa yang beliau letakkan di leher dan telinga ialah dari perhiasan mutiara. Cukup anggun sekali tanpa perlu banyak perhiasan.
Wanista tak nampak pula Tun Siti Hasmah membawa mana-mana beg tangan berjenama. Opss!