Jessica Jung membuktikan dia lebih berjaya selepas bergerak secara solo. Apa tidaknya, kelahiran album solo, mempunyai jenama fesyen miliknya iaitu Blanc & Eclare, melibatkan diri dalam bidang pengacaraan untuk program kecantikan sama ada di Korea mahupun negara luar, menyerlah dalam bidang lakonan dan pelbagai lagi yang menanti untuk wanita berusia 29 tahun ini.
Menarik tentang jenama Blanc & Eclare, setiap reka bentuk merupakan gaya peribadi dan sinonim dengannya, helaian dan perincian yang ditonjolkan adalah signature style Jessica Jung sendiri – ke arah clean, classy dan effortless.
“Saya kerap travel, jadi saya mendapat inspirasi dengan melihat apa yang orang sekeliling pakai. Saya suka melihat orang,” katanya kepada Elle.
Nak mengikuti gayanya sangat mudah, lihat sahaja OOTD (Outfit of the day) di Instagram. Berpegang kepada falsafah “less is more”, outfit hariannya lebih kepada modern classic, ringkas tetapi meninggalkan kesan.
Jom selidik!
Blouse Putih
Yang penulis perasan, Jessica acapkali memakai ruffled blouse dari rona putih dan dipadankan bersama denim.
Jaket
Oleh kerana kerap travel demi jadual kerja, Jessica selalu dilihat mengenakan blazer, cardigan ataupun tweed jacket untuk memberi warna.
Jeans
“Saya memakai denim hampir setiap hari – saya bukan jenis yang sukakan skirt atau dress. Saya pilih jeans yang mudah dan klasik, tidak terlalu banyak bahagian yang ‘koyak’ seperti trend sekarang,” jelas Jessica Jung.
Flats
“Saya tidak gemar kasut tumit tinggi, lebih kepada flats ataupun separa tinggi. Yang penting keselesaan,” terangnya pada Vogue.
Tas Tangan
Bukan Jessica sahaja, malah setiap wanita tidak lengkap tanpa tas tangan. Favorite Jessica tentu sekali Hermes dan Chanel.
Mudahkan gaya Jessica Jung? Sekarang anda pun boleh ikut sama!