Sangat mengejutkan melihat wajah terkini lagenda seni mempertahankan diri Jet Li.
Dilaporkan, Jet Li sedang berperang dengan penyakit hipertiroidisme dan masalah tulang belakangnya sehingga rupa parasnya menjadi tua dari usianya yang baru 55 tahun, bahkan langsung tidak dikenali. Sebelum ini, Jet Li mendedahkan dia telah lama menderita hipertiroidisme.
Fotonya yang baru-baru ini melawat sebuah kuil di Tibet menjadi viral di media sosial, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan yang seakan uzur tidak bermaya itu. Menyedihkan, bila Jet Li harus dipapah semasa ingin berjalan, keadaannya itu cukup membuatkan para peminatnya sayu dan berdoa agar bintang hebat ini dapat kembali sihat seperti biasa.
Tahun lepas, Jet Li menjelaskan dia telah didiagnosis dengan penyakit tiroid yang terlalu aktif pada tahun 2010, walaupun telah mengambil ubat tetapi penyakit itu terus kembali sehingga ‘memakan’ fizikalnya.
Fakta
Hyperthyroidism menyebabkan perubahan dalam metabolisme dan denyutan jantung seseorang. Penyakit ini biasanya dirawat melalui ubat.