Kalau di barat kaum LGBT bukan lagi perkara yang pelik atau luar biasa, malah ia sentiasa diraikan sebagai pengakuan hidup atau seperti ‘dilahirkan semula’.
Lagi sekali dalam dunia politik, seorang menteri dari Perancis telah mengeluarkan kenyataan mengaku seorang gay. Mounir Mahjoubi yang menjawat sebagai Menteri Digital menulis di Twitter “sometimes forces us to adapt and lie just to avoid hatred and to live our lives”. Iaitu tentang anti-homophobia, bermaksud ‘kadangkala kita terpaksa menahan dan berbohong untuk mengelak dari dibenci bagi meneruskan kehidupan’.
Dia yang baru sahaja berusia 34 tahun mempunyai darah Maghribi berani meneruskan kenyataan ‘homophobia ialah penyakit yang memakan masyarakat, menyerang sekolah, meracuni keluarga dan menyebabkan kehilangan rakan-rakan’.
Pendirian Mahjoubi kononnya untuk menaikkan semangat serta memberi inspirasi puak LGBT di Perancis yang sering sekali ditindas dan diserangan dengan golongan homophobia. Perancis telah meluluskan perkahwinan sejenis pada 2013, namun ia telah menyebabkan perbalahan besar dalam parlimen.
Sejarah LGBT dalam dunia politik semakin meluas dan paling mengejutkan apabila Perdana Menteri Luxemborg, Xavier Bettel keluar sebagai gay dan mengahwini Gauthier Destenay pada tahun 2015.
Dalam ajaran agama Islam, mereka yang mengamalkan kehidupan songsang akan dilaknat oleh Allah SWT. Ingat ya.