Sebelum pinjam, pastikan kita mempunyai alasan kukuh untuk memohon. Jangan sesekali kita membuat pinjaman atas dasar suka-suka atau sebab gaji kita layak. Dalam konteks rakyat Malaysia, berikut ialah alasan yang biasanya dijadikan sebab untuk memohon pinjaman peribadi;
- Perbelanjaan kahwin.
- Jadikan down payment rumah dan kereta.
- Ubahsuai rumah.
- Perbelanjaan anak masuk ke pusat pengajian tinggi.
- Jadikan modal perniagaan kecil.
Tanya diri mampukah membayar kembali hutang kamu dengan bank? Pakar kewangan antarabangsa sendiri selalu bertanya dalam seminar mereka; mana lebih mudah, mengumpul RM10,000 atau meminjam RM10,000? Tapi jika kamu terdesak nak guna duit sebagai contoh untuk kahwin atau membeli rumah dan kereta yang pertama, ada baiknya buat pinjaman bank daripada meminjam dengan servis pinjaman wang tanpa lesen seperti Along.
Cara untuk membuat pilihan pinjaman peribadi:-
Minimakan jumlah yang perlu dipinjam: Kalau bajet kahwin RM30,000, cuba bincang dengan pasangan cara kurangkan bajet tu. Contoh cari katering murah, sewa sahaja baju pengantin, cari lokasi murah dll. Untuk buat down payment rumah atau kereta, cuba selidik penjual atau pemaju yang boleh bagi diskaun untuk bayaran down payment tu. Dengan cara ni, boleh kurangkan jumlah pinjaman.
Ramai peminjam salah kerana buat pinjaman semaksima seperti yang dibernarkan bank, dengan alasan, “Biar lebih, jangan kurang”. Tapi percayalah, jika kita pinjam melebihi ‘keperluan’ kita, duit baki tidak akan berjaya disimpan sebaliknya akan lesap sebab boros.
Minimakan tempoh bayaran balik pinjaman: Hadkan tempoh bayaran balik. Tanya beberapa bank tentang jadual bayaran balik. Kumpul jadual dan bandingkan tempohnya. Jangan ambil masa terlalu lama untuk bayar balik pinjaman sebab takut jejaskan pendapatan masa depan kita.
Bila dah kurangkan jumlah bayaran balik, kurangkan juga masa buat bayaran semula tu. Paling tidak sekitar 5 tahun bergantung pada nilai yang kita pinjam.
Minimakan bayaran bulanan yang perlu dibayar: Cari bank yang tawar ansuran bulanan terendah dalam jangka masa yang kita pilih. Contoh, jumlah yang disyorkan adalah 80% daripada kemampuan kita -kita yakin boleh bayar RM500 sebulan tapi pilihlah pinjaman yang tawar bayaran ansuran bulanan sekitar RM400 sahaja.
Faktor Bank Yang Perlu Diteliti Sebelum Meminjam:-
- Patuh Syariah.
- Tawar khidmat potongan gaji secara automatik, agar kita tidak terlupa membayar ansuran.
- Tawar khidmat perbankan internet yang memudahkan kita menyemak baki pinjaman.
- Peratus kadar faedah yang dikenakan. Walaupun setengah bank kenakan kadar bunga yang tinggi berbanding bank lain, ada kalanya ia lebih menguntungkan kerana duit pinjaman yang diperolehi oleh peminjam lebih banyak berbanding bank dengan kadar faedah yang rendah namun mengenakan pelbagai caj lain.
- Memberikan insentif bagi penyelesaian awal baki pinjaman. Jangan terkejut kalau kita dikenakan bayaran tambahan bila cuba membayar loan secara lump sump. Kerana, setengah format pinjaman akan menyebabkan bank tidak mencapai sasaran untungnya sekiranya pinjaman diselesaikan lebih awal.
- Ada perlindungan insurans yang membayar baki pinjaman sekiranya peminjam meninggal dunia.
Kalau mampu kumpul duit, kumpul sahajalah duit kerana meminjam dan berhutang bukanlah cara terbaik. Selamat beramal! ❤