Malang tidak berbau pada model cantik plus size dari Rusia ketika menghadiri Festival Filem Cannes 2018.
Apa tidaknya, sedang elok berjalan di karpet merah dengan gaun meleret merah yang kebetulan sama warna dengan karpet secara tiba-tiba dipijak oleh individu lelaki yang berjalan di situ sehingga menampakkan seluar dalamnya.
Video tersebut menunjukkan Yulia Rybakova berjalan dengan senang hati tidak perasan kainnya mula meleret ke bawah sehinggalah dia menoleh terkejut melihat kainnya. Saat memalukan apabila dia berada di depan khalayak ramai dengan hanya berseluar dalam sahaja.
Ingatkan mendapat simpati, walaubagaimanapun kemalangan itu menimbulkan prasangka di kalangan netizen yang menuduh model tersebut sengaja mencipta publisiti murahan.
“Anda sangat menyedihkan. Sanggup mengecilkan diri semata-mata unk mendapat beberapa minit kemasyhuran!”
“Helah yang sangat murah!”
“Kemalangan tersebut jelas satu lakonan.”