Kita sedia maklum, aloe vera mengandungi banyak nutrisi dan mineral diperlukan oleh kulit wajah. Ia mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.
Aloe vera atau lidah buaya ibarat sebiji kelapa, semakin tua semakin banyak santannya. Begitulah juga dengan lidah buaya, semakin tua usia tanamannya, makin banyak kandungan nutrisi yang boleh diperolehi.
Walaupun terdapat banyak respons positif tentang keberkesanan aloe vera dalam kecantikan seperti menghilangkan parut jerawat, kemerahan wajah, melembapkan serta pelbagai tapi ternyata ada juga yang masih mempertikaikan cara tradisional ini. Mereka ternyata tidak berani mengambil risiko menggunakan remedi, risau silap hari bulan ia akan memudaratkan kulit wajah.
Tetapi semua itu mungkin akan berubah selepas melihat eksperimen aktres Drew Barrymore menghilangkan bekas gigitan seperti parut di wajah dengan menggunakan aloe vera asli dari tumbuhan.
Berkongsi di Instagram, Drew menerangkan bagaimana keadaan mukanya terdapat kesan parut atau tindak balas reaksi. Pernah mencuba mitos aloe vera tetapi tidak berjaya, Drew nekad mengambil aloe vera, membasuh dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Mengeluarkan jus dan diletakkan di kawasan parut. Drew membiarkan ekstrak aloe vera selama tiga hingga empat jam.
Drew menjelaskan bahawa ekstrak aloe vera telah mula menjadi merah dan tanda pada kulitnya mulai kelihatan pudar. “Sebelum ini saya telah mencuba krim pelunturan tetap tidak berkesan tetapi dengan remedi semulajadi ini, ternyata ia membuatkan kulit wajah lebih ringan dan beransur pulih.”
Selepas dua hari rawatan aloe vera, parut telah hilang dan kulit Drew kembali pulih seperti biasa. Aloe vera mampu bekerja untuk menghilangkan kemerahan di wajah.
Menurut Dendy Engelman, pakar bedah dermatologi di Pusat Perubatan Dermatologi & Pusat Pembedahan Kosmetik New York City, “Saya tidak akan menggunakan kata-kata ‘disedut’ untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada kerengsaan di wajahnya, yang berlaku di sini. ” Kemerahan yang kelihatan seperti ia telah dipindahkan dari mukanya ke tumbuhan, tetapi sebenarnya, ia hanyalah ekstrak aloe vera yang kering di bawah matahari dan menjadi merah.
Aloe vera mungkin tidak berfungsi seperti yang dijelaskan oleh Drew, tetapi ia boleh memulihkan keadaan kulit.
“Sejak sekian lamanya, aloe vera merupakan ubat yang sangat baik dalam pelbagai keadaan, termasuk gigitan serangga. Aloe vera mempunyai ciri antibakteria dan anti-radang, yang boleh membantu merangsang penyembuhan. Jadi, dalam erti kata itu, helah Drew berfungsi dengan baik.
“Jika anda mencari ubat semulajadi untuk kerengsaan kulit (keadaan di mana rasa gatal-gatal, pedih, merah), aloe vera rawatan terbaik. Pastikan anda tidak mempunyai sebarang alergi sebelum menggunakan aloe vera pada kulit, aloe vera adalah ramuan yang tidak berbahaya – melainkan anda alah kepada kebaikan tumbuhan ini.
“Jika anda mempunyai kulit sensitif atau menggunakan produk yang akan membuat kulit anda sensitif, lidah buaya juga boleh menyebabkan kerengsaan dan kemerahan. Jadi, penting untuk anda mendapatkan pandangan pakar sebelum mencubanya,” jelas Engelman.
Yang penting, sebelum anda melakukan sebarang remedi tradisional, dapatkan nasihat serta pandangan pakar terlebih dahulu, takut makin merana muka, dah tak cantik.