Love in the air!
Rasanya umum mengetahui penyanyi genit Ariana Grande baru sahaja menamatkan episod percintaan dengan ahli muzik Mac Miller pada April lalu. Dan sekarang khabarnya Ariana sedang bermain cinta dengan seorang comedian yang juga aktor Pete Davidson dari Saturday Night Live!
Walaupun kedua-dua mereka tidak membuat sebarang pengesahan, tetapi beberapa laporan media perdana seperti People, E!, dan Us Weekly telah mengesahkan percintaan mereka menerusi sumber terdekat.
Seorang sumber rapat memberitahu bahawa Ariana dan Pete sedang berada dalam fasa saling mengenali. Bahkan, Pete turut hadir ke Billboard Music Awards, dan dia dilihat berada di belakang pentas untuk memberi sokongan kepada Ariana yang membuat persembahan. Oh sweet!
Makin menguatkan percintaan mereka apabila keduanya telah mengikuti satu sama lain di Instagram, Pete juga dilihat memberi tanda ‘like’ pada beberapa gambar Ariana.
Hebat penulis tengok selebriti yang mudahnya nak cari pengganti. Kalau betul mereka bercinta, hopefully Pete jaga Ariana baik-baik…