Berlaku di Arab Saudi, seorang jururawat lelaki berasal dari Filipina tiba-tiba sahaja diserang oleh lelaki Arab Saudi yang dikatakan kurang siuman. Insiden yang dirakam melalui kamera litar tertutup itu menjadi viral dilaman sosial.
Mangsa yang dikenali sebagai Rolando Mina, 22 tahun bekerja diruang kecemasan hospital sedang elok berdiri dibelakang kaunter kemudian didatangi lelaki terusan mengelar dia tanpa henti. Dalam rakaman terbabit, dilihat Mina terkejut dan cuba untuk menghentikan perbuatan tersebut.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=36&v=z3438h2vPsc
Dua orang doktor kemudian keluar dari bilik rawatan membantu meleraikan pergelutan dan salah seorang dari mereka menahan lelaki Arab. Kelihatan darah mencurah-curah keluar dari lengan Mina kesan kelaran yang dalam.
Menurut dari pihak berkuasa tempatan, si pelaku akan tetap dikenakan hukuman walaupun disahkan menghidapi masalah mental.
Teringat penulis tentang lelaki yang suka menendang dan menyerang wanita disekitar stesen KTM Bandaraya. Perlakuan seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana mengancam orang awam.