Selain parut, daki juga adalah masalah utama yang sering dialami ramai orang, lebih-lebih lagi bagi kita yang hidup dalam iklam khatulistiwa begini. Bila terlalu banyak sangat berpeluh, dengan keadaan udara yang sering berhabuk, kotoran tersebut yang hinggap di kulit akan mengering seterusnya menjadi daki. Kalau nak tahu, ada satu inovasi dari negara kimchi yang berkesan menyental daki sampai licin!
Italy Towel
Biarpun dipanggil Italy Towel, ia bukanlah berasal dari sana. Ia merupakan inovasi hebat dari Korea yang ternyata berupaya menarik keluar segala sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit… Tak begitu menyakitkan malah berhasil buat kulit tampak bersih dan halus.
Sejak era 60an, apabila mereka (orang korea) mandi dalam kolam air panas, mereka turut akan menyental badan dengan tuala ini bagi menanggalkan segala kotoran serta kulit mati pada kulit. Hasilnya kulit bersih dengan teknik pengelupasan lembut yang hanya memanfaatkan tuala istimewa ini.
Lazimnya berwarna hijau dan kuning, ia kini mudah diperolehi di mana-mana kedai barangan serbaneka di seluruh negara bahkan ada dijual di kedai atas talian seperti 11street dan Lazada. Jangan terkejut, mereka di barat juga banyak memanfaatkan tuala ini sebagai sebahagian rutin kecantikan diri. Kata mereka tuala ini lebih berkesan berbanding span buih, berus badan mahupun loofah.
Cara Menggunakan Italy Towel
Boleh beli juga ajaib ini dari Daiso, pastikan kulit lembap dan sudah basah sepenuhnya dengan air ketika mandi. Jika mandi dengan air panas lebih baik kerana air panas berupaya membuka pori kulit serta melembutkan tekstur kulit, ini akan memudahkan proses penyentalan sisa kotoran dan sel kulit mati.
Tonton Wanita Cuba Rawatan Mandian Spa Korea Menggunakan Italy Towel
Boleh mandi seperti biasa dengan sabun. Pastikan air mengalir di keseluruhan tubuh termasuk celah kangkang, di pelipat kaki dan tangan. Kemudian, setelah selesai mandi, jangan lap kering tubuh. Dalam keadaan tubuh masih lembab (tak terlalu kering dan tak terlalu basah), sental tuala ini pada permukaan kulit yang dikehendaki. Pasti akan terlihat daki mula keluar. Memang MENJADI!
Selamat mencuba! ❤