Beberapa hari lepas tular di media sosial tentang beg tangan Tun Siti Hasmah yang dikatakan hanya dibeli di Zalora. Ramai yang buat tekaan beg tangan yang dipakai oleh beliau dari jenama Marie Claire.
Sangkaan kamu semua silap!
Dari laman Coconuts, beg tangan tersebut ialah dari jenama Hamano iaitu jenama warisan Jepun dari tahun 1880 termasuklah pernah membuat sarung pedang pada zaman Edo.
Rekaan beg tangan kulit ialah dari koleksi Delight Elegance, berwarna putih gading dan mempunyai kacing keemasan. Jenama Hanamo bukan jenama biasa-biasa harga yang dibawa Tun Siti Hasmah ini ialah $500 bersamaan RM2000.
Walaupun jauh berbeza dari harga RM145 yang netizen meneka tapi okaylah dari harga lagi bekas wanita pertama yang semua tahu hampir boleh membeli sebuah banglo mewah.
Wanista percaya pasti beg tangan Hanamo ini amat berkualiti tinggi setanding dengan harga yang ditawarkan. Selepas ini mungkin ramai yang akan lupakan Chanel, Louis Vuitton dan Coach sebab nak ikut Tun Siti Hasmah.