Mereka berteka-teki bila ditanya soal percintaan yang melanda, Deepika Padukone dan Ranveer Singh langsung tidak mengesahkan percintaan. Mereka memilih untuk berdiam diri tetapi tingkah laku, aksi, sokongan, kemesraan serta acapkali berjenaka di media sosial, membuatkan peminat tahu Bollywood “most loved couple” ini bukan setakat kawan baik sahaja.
Ranveer Singh dan Deepika Padukone adalah salah satu daripada pasangan Bollywood yang paling disayangi. Sejak beberapa hari lalu, banyak khabar angin mengatakan kedua mereka bakal mengikat menjelang akhir tahun ini. Terdahulu dikatakan bahawa Ranveer dan Deepika akan berkahwin pada bulan Disember, tetapi kini menurut laporan terbaru, kedua-dua memilih tarikh 19 November 2018 untuk menamatkan zaman bujang.
Mesti ada bertanya, bagaimana pasangan sama cantik sama padan ini berkenalan? Adakah mereka juga terjebak dalam cinta lokasi seperti pasangan #Fattzura?
Segalanya bermula dari filem Ram Leela pada tahun 2013, pertama kali mereka bergandingan sebagai pasangan kekasih di dalam filem dan terus terbawa chemistry sehingga ke luar set.
Siapa peminat pasangan yang digelar “The Bajirao and Mastani of Bollywood’, Wanista bawakan beberapa moment yang dilakukan Ranveer untuk Deepika bagi membuktikan cintanya terhadap aktres berlesung pipit terus berkembang setiap hari.
#1 Bila Ranveer menghantar ucapan “All The Best”
Deepika Padukone debut dalam filem Hollywood ‘xXx: The Return of Xander Cage’. Sebelum memulakan projek besar itu, Ranveer Singh terlebih dahulu menghantar ucapan dengan cara yang paling unik dan kelakar.
#2 Ranveer hanya membiarkan Deepika menggunting moustache kesayangnya
This just happened !!!! @deepikapadukone 🙈 pic.twitter.com/FRwABqJKXe
— Ranveer Singh (@RanveerOfficial) December 18, 2015
Ranveer mengembalikan trend misai di Bollywood. Dia dilihat menyimpan misai selama lebih dari setahun semata-mata untuk penggambaran filem Bajirao Mastani. Pada hari filem itu ditayangkan, Ranveer hanya membiarkan Deepika menggunting misainya begitu sahaja.
#3 Mengambil restu ibu bapa Deepika Padukone ketika memenangi anugerah Filmfare
Komitmennya yang cemerlang dalam Bajirao Mastani membawa hasil bila Ranveer berjaya membawa pulang anugerah pelakon lelaki terbaik di Filmfare, Bahkan mencuri tumpuan bila dia mendapatkan restu dengan menyentuh kaki ibu bapa Deepika di hadapan penonton.
#4 Bila Ranveer melindungi Deepika dari orang ramai
Dah nama bintang handalan, Deepika tidak dapat lari dari orang ramai dan peminat kerumun darinya. Untuk itu, Ranveer dilihat sebagai penyelamat dengan mengiringnya dengan penuh berhati-hati ke kereta.
#5 Ranveer menerima anugerah ‘Woman of the Year’ bagi pihak Deepika
Bila Deepika dianugerahkan ‘Woman of the Year’, Ranveer menerima bagi pihaknya. Dia memulakan ucapan terima kasih dengan suara perempuan, membuatkan penonton ketawa melihat aksi lucunya yang bersahaja. Kamudian dia mulai memuji dan menghargai Deepika. Ranveer berkata, “Saya sangat bangga dengannya. Dia seorang gadis yang baik. Dia sangat merendah diri walaupun dengan kerjayanya yang sukses.”
Apapun kita nantikan pengumuman rasmi merpati dua sejoli ini berkaitan berita perkahwinannya. Penulis suka tengok mereka dalam Bajirao Mastani dan Ram Leela, chemistry memang terbaik!
Update!
Have for you #DeepVeer!