Tak serik, sebelum ini peninju Amir Khan ditangkap main kayu tiga dengan seorang model semasa isteri sedang sarat mengandung.
Baca: Isteri Sarat Mengandung, Peninju Amir Khan Curang Dengan ‘Kekasih Gelap’
Kini, ada laporan mendakwa lelaki itu curang dengan wanita lain 17 hari selepas isterinya melahirkan anak kedua.
Juru Kecantikan Sophia Hammani, 22, mendakwa dia tidur dengan peninju itu selepas bertemu dengannya di kelab malam di London awal bulan ini.
Bercakap kepada The Sun, Hammani mendedahkan bahawa isteri Khan, Faryal Makhdoom memberi pesanan ringkas selepas menerima nombor telefonnya, bahkan memanggilnya ‘f***ing a*****e’.
Walaubagaimanapun, Khan menolak dakwaan ‘tidak masuk akal” itu mengatakan gadis muda itu hanyalah seorang peminat yang mahu bergambar dengannya sahaja.
Tidak habis di situ, bekas peninju Olimpik menulis di Twitter bagi meredakan pergolakan yang hanya memburukkan namanya lagi.
“Ini semua tidak masuk akal! Dia mahu bergambar tetapi diberitahu untuk meninggalkan tempat itu kerana dia sedang terlalu mabuk. Itulah sebabnya dia menjual cerita.”
Faryal melahirkan anak kedua pasangan itu, Alayna, pada 24 April, dan Hammani menuduh mereka tidur bersama pada 11 Mei.
Mungkin ini sudah masanya untuk si isteri Amir Khan fikirkan nasib diri sendiri dan anak daripada hidup berumahtangga yang terang-terang bergolak. Tapi, itulah siapa kita nak bercakap apatah menilai kisah hidup orang lain.