Belum tamat lagi pemerintahan 100 hari dari kerajaan Malaysia yang baharu, ada pula cerita lain dimana sebilangan dari rakyat yang mahukan Tun Mahathir menerima Anugerah Nobel atau lebih dikenali sebagai Nobel Prize pada tahun ini.
Petisyen secara atas talian itu telah digubal oleh Alexandria Abishegam yang menyatakan keberanian Perdana Menteri berusia 93 tahun itu sanggup bekerja semula bersama pihak pembangkangnya terdahulu iaitu Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan yang lain-lain demi menyelamatkan negara.
Sehingga kini petisyen tersebut mendapat 83,000 dan ingin mencapai 150,000 tandatangan.
Penerima Anugerah Nobel 2014, Malala Yousafzai yakni aktivis kanak-kanak Pakistan juga menerima anugerah tersebut melalui undian petisyen pada platform yang sama pada tahun 2012. Beliau mendapat hampir 300,000 tandatangan dan kemudian dicalonkan pada 2013.
Anugerah Nobel dikhaskan pada mereka yang telah banyak berjasa pada keharmonian dunia tidak kira pada isu kemasyarakatan, sains, politik, budaya dan ekonomi.
Apa pendapat anda tentang keputusan untuk meletakkan Tun Mahathir sebagai penerima Anugerah Nobel? Jika anda rasa bersetuju, boleh menghantar tanda sokongan di Change.org platform.