Bila mandi, anda tidak dapat lari daripada memerhatikan setiap inci tubuh badan, dan tiba-tiba mata tertangkap pada puting payudara yang berbulu. Keadaan ini menjadikan anda tidak keruan, resah memikirkan “adakah ia normal mempunyai bulu di puting payudara?”
Untuk itu, Dr. Alyssa Dweck, pakar sakit puan di New York menjelaskan mempunyai puting payudara berbulu adalah NORMAL. Dan hal ini tidak hanya dialami kaum perempuan, bahkan lelaki juga.
Dari mana datangnya?
Lance Brown, dermatologi dari New York menjelaskan tumbuhnya rambut halus disebabkan adanya folikel rambut dan kalenjar minyak di seluruh bahagian tubuh. Jadi, peluang untuk tumbuh di bahagian puting boleh berlaku.
“Dari 50 juta folikel rambut yang tersebar di seluruh tubuh, hanya seperlima yang berada di kulit kepala. Ini sebabnya rambut juga bisa tumbuh di tempat yang lain,” ujarnya.
Di bahagian puting, rambut atau bulu halus tumbuh di sekitar aerola. Biasanya rambut yang muncul di sekitar puting hanya berupa bulu halus yang tidak begitu lebat.
Hormon
Sekali lagi diingatkan, puting berbulu adalah normal. Tetapi ia perlu diperhatikan jika tiba-tiba tumbuh sejumlah besar pada puting boleh menjadi tanda ketidakseimbangan hormon semasa menopause atau kehamilan. Beberapa ubat seperti testosteron, danazol, steroid, glucocorticoids, phenytoin dan anabolic juga boleh mencetuskan pertumbuhan rambut yang berlebihan.
“Satu lagi kemungkinan yang berlaku adalah disebabkan oleh polycystic ovarian syndrome (PCOS) yang membuat rambut tumbuh berlebihan pada wanita,” jelas Brown.
Bagaimana nak buang bulu dengan cara yang betul?
Seseorang boleh merapikannya dengan tweezer atau mencukurnya. Tapi jangan sesekali cuba menariknya dengan tarik. Sekiranya kawasan menjadi merah, bengkak atau menyakitkan, berterusan selama sehari atau dua, Dweck menasihatkan berjumpa dengan doktor untuk memeriksa jika jangkitan merebak.
Selamat Beramal! ❤