Selain makanan, muzik adalah nikmat yang bisa menenangkan diri kita. Menurut saintis, muzik miliki banyak faedah untuk memperbaiki jiwa seseorang bahkan adakalanya, muzik sedih juga berupaya memberi aura menenangkan buat si pendengar.
Sememangnya, muzik mempunyai kuasa yang tersendiri sekaligus memberi impak berhasil untuk melahirkan sebuah personaliti yang unik dalam diri seseorang. Ini Wanista kongsikan kaitan persona seseorang yang boleh diukur menerusi genre muzik kegemarannya.
Metalika: Jangan keliru antara rock dan metalika kerana lazimnya bait lirik serta alunan muzik metal lebih kasar dan ‘bingit’ untuk didengar. Jika kamu peminat muzik-muzik metalika seperti nyanyian kumpulan Gun and Roses, Balck Sabbath atau Megadeth, ini bermakna kamu seorang yang tetap pendirian, tidak fake dan ikhlas menjadi diri sendiri.
Klasik: Menurut Dr. North, peminat muzik klasik biasanya kreatif, berkeyakinan namun seorang yang introvert (pemalu dan suka berseorangan). Fakta lain turut membuktikan peminat muzik klasik adalah sangat bijak! Menurut sebuah kajian yang dijalankan, peminat Beethoven umumnya mencapai skor tinggi dalam ujian SAT berbanding mereka yang tidak.
Hip-Hop: Rancak beritma, penggemar muzik hip-hop lazimnya seorang periang dan aktif bahkan mereka mempunyai kemahiran untuk seimbangkan masa dengan baik (pandai multitask). Erti kata lain, mereka adalah extrovert kerana pandai mengekspresikan diri dan berkeyakinan. Seperti kelajuan percakapan dalam muzik hip-hop, otak mereka ini juga bergerak pantas tahu?!
Pop: Kurang kreatif namun tersangatlah mudah mesra dengan orang lain. Senang kata mereka ini peramah tetapi dari sudut lain, adalah individu yang perisau. Oleh itu, mereka sering menggunakan muzik-muzik pop yang bersifat rancak untuk melegakan perasaan bimbang seterusnya kembali hasilkan mood gembira dalam diri.
Rock: Mudah didekati tetapi agak pentingkan diri sendiri. Muzik rock boleh dibahagikan kepada beberapa katergori di mana peminat Rock Klasik tersangatlah berhati-hati kerana mereka banyak mengaitkan lagu-lagu dengan kisah hidup mereka. Peminat muzik Rock Indie adalah kreatif dan terbuka menerima keadaan semasa namun mempunyai masalah dengan etika diri. Peminat Rock Punk? Mereka adalah manusia berhati kering yang sering tertekan. Oppss!
Jazz dan RnB: Biasanya individu yang gemarkan genre muzik ini berfikiran krtitis dan sangat kreatif. Mereka suka menggunakan muzik sebagai medium untuk menggerakkan otak, membayangkan sesuatu lalu mengolah visual tersebut menjadi realiti.
Apa pula muzik kegemaran kamu? ❤