Apa sahaja yang selebriti, tokoh korporat mahupun individu berpengaruh pakai, pasti akan menjadi ikutan. Tidak kiralah dari segi berfesyen, pemakanan, penjagaan wajah, kiranya jika mereka guna pasti akan mendapat sambutan luar biasa. Lihat sahaja contoh terbaik, our very own perdana menteri Tun Mahathir yang boleh dianggap trendsetter – dengan Berocca, selipar Bata.
Tidak terkecuali kerabat diraja Britain, setiap yang mereka pakai akan sold out dalam split second sahaja. Bila dilaporkan Ratu Elizabeth dan Kate Middleton hanya menggunakan pewarna kuku dari jenama ini sahaja, lantas sahaja ia mendapat perhatian. Sedangkan tidak dapat dipastikan kerana mereka kerap memakai sarung tangan.
Kita sedia maklum dengan protokol yang ketat, keluarga diraja Britain tidak dibenarkan mewarnakan kuku pada acara rasmi kerajaan. Walaubagaimanapun, terdapat satu warna dari jenama yang hanya digunakan oleh diraja sahaja, iaitu Essie Ballet Slippers.
Rona nude seakan-akan peach merah jambu sesuai dengan nada kulit, menjadi pilihan kebanyakan wanita diraja Britain. Essie Ballet Slippers merupakan pewarna kuku yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga lapisan untuk mencapai kelenturan yang ketara pada kuku. Ronanya yang tidak terlalu ketara, sesuai dengan wanita yang inginkan imej classy dan sofistikated.
Bukan itu sahaja, Essie syarikat pengilat kuku telah menulis di laman web jenama mereka bahawa mereka menerima surat dari penggubal rambut Queen Elizabeth II pada tahun 1989 yang meminta sebotol Ballet Slippers, menyatakan bahawa ia adalah satu-satunya nail polish yang Yang Mulia akan pakai.
Walaubagaimanapun, ada juga suara-suara yang mengatakan Kate langsung tidak menggunakan sebarang nail polish malah hanya melakukan manicure untuk mendapatkan kuku bersih dan cantik. Dan Meghan Markle satu-satunya yang menggunakan Essie Ballet Slippers, semasa penampilan sulungnya selepas diumumkan bertunang dengan Putera Harry.
Tak kisahlah! Pada wanita di luar sana, mungkin korang juga boleh dapatkan rona yang sama tapi dari jenama yang lain. Memandangkan jenama Essie sukar untuk dimiliki di sini melainkan beli secara online.