Seperti yang kita semua tahu, selebriti di Korea umpamanya memiliki bentuk badan ideal yang harus diikuti bagi semua yang bercita-cita untukmenempa kemahsyuran dalam dunia hiburan. Fokus kepada selebriti berkumpulan, ini lapan istilah bentuk tubuh Idol Korea yang kamu perlu tahu.
#1 Senyum Mata (Eye Smile)
Istilah ini dicipta untuk menerangkan keadaan wajah seseorang Kpop Idol yang kelihatan comel apabila tersenyum sambil matanya mengecil membentuk bulan sabit. Untuk pengetahuan semua, ramai bintang popular Korea mengidamkan wajah sebegini apabila tersenyum kerana ia dianggap wajah paling gah kerana mampu mencairkan hati ramai peminat.
Antara selebriti yang memiliki wajah sebegini adalah Girl’s Day Minah, Girls’ Generation Tiffany, and BIGBANG Taeyang.
#2 Garisan V (V-Line)
Menjadi idaman ramai Kpop Idol, sesiapa yang mempunyai garisan rahang membentuk garisan V dianggap sangat sempurna. Sebab itu mereka sanggup membuat pembedahan plastik bagi mendapatkan bentuk wajah yang nyata dan tajam sebegini.
#3 Abdomen Coklat (Chocolate Abs)
Istilah ini sudah lama digunakan, ia juga sangat popular di negara barat. Ini bagi menjelaskan betapa seseorang selebriti lelaki itu mempunyai bentuk abdomen seksi menyerupai bar coklat termasuklah 6 packs dan 8 packs.
#4 Garisan S (S-Line)
Payudara dan punggung besar bukanlah perkara yang diagungkan dalam dunia hiburan Korea kerana bagi mereka, selebriti berbadan genit dan kurus itu lebih ideal. Namun, jika mana-mana selebriti wanita yang memiliki bentuk tubuh dengan garisan S ini, mereka boleh dianggap sangat elastik kerana boleh melentikkan tubuh sebegitu.
#5 Abdomen “11” (11 Abs)
Khas untuk Kpop Idol wanita, ini adalah istilah yang lazimnya dikaitkan dengan mereka yang memiliki bentuk tubuh seksi menampilkan bahagian abdomen berbentuk nombor 11.
#6 Bagel Girl (Untuk Wanita)
Wanita yang diberi gelaran Bagel atau “Baby Glamorous” adalah untuk mana-mana bintang wanita popular Korea yang mempunyai raut wajah babyface -comel sepeti bayi serta tubuh badan yang cantik mempersona. Ini termasuklah Apink Hayoung, bekas ahli SISTAR Soyu, and Red Velvet Joy.
#7 Bagel Boy (Untuk Lelaki)
Apabila perkataan Bagel digunakan terhadap selebriti lelaki apabila digabungkan ia bermaksud “Baby Gladiator”. Ini bermaksud seseorang Kpop Idol lelaki itu memiliki tubuh yang sasa namun berwajah bayi dan comel. Antara mereka yang sering dikaitkan sebagai Bagel adalah Highlight Gikwang, BIGBANG Daesung dan BTS Jimin.
#8 Ulzzang
Ulzzang merupakan antara istilah popular di Korea merujuk kepada “Wajah Sempurna”. Ia sering digunakan apabila mahu menerangkan betapa seseorang Kpop Idol itu mempunyai karakteristik fizikal yang cantik, tampan dan sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Amacam, teruja tak? ❤