Selepas Prince Harry off-market, Prince Carl Philip dari Sweden mencuri tumpuan lensa dan hati gadis-gadis muda. Miliki rupa paras yang kacak, penampilan segak serta mesra rakyat dengan melibatkan diri dalam program kebajikan, selayaknya putera raja ini menjadi lelaki idaman ramai pada masa kini.
Walaupun sebahagian besar hidupnya menjadi perhatian, tetapi masih ada beberapa perkara yang tidak diketahui tentang lelaki 39 tahun ini.
Jom kenali putera raja dambaan gadis yang baru-baru ini membuka akaun Instagram untuk berkongsi aktiviti harian.
#1 Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak
Ya, itulah kenyataannya. Melangsungkan perkahwinan pada 13 Jun 2015, isterinya Princess Sofia merupakan seorang model dan salah seorang peserta realiti televisyen untuk satu program di Sweden. Miliki dua orang anak lelaki, Alexander dan Gabriel.
#2 Mempunyai latar belakang ketenteraan
Bukan sahaja dia menamatkan perkhidmatan ketenteraannya dengan Amphibious Battalion of Vaxholm’s Coast Artillery Regiment, tetapi dia juga turut tamat di Pusat Latihan Naval Officer dan berjaya memegang beberapa jawatan – komander bot tempur, leftenan muda di Royal Swedish Navy.
#3 Merupakan pelumba kereta profesional
Sama seperti bapanya, King Carl XVI Gustaf, Carl juga berkongsi keghairahan dalam sukan permotoran. Beliau adalah pelumba kereta berlesen dan mempunyai hobi mengumpul kereta sukan eksotik termasuklah Ford Mustang Shelby. Pada Julai 2016, Carl terlibat dalam kemalangan di mana dia kehilangan kawalan kereta dan bertempur dengan pemandu lain, tetapi itu tidak menghalangnya daripada melakukan apa yang dia suka.
#4 Merana sindrom Disleksia
Jejaka kacak ini berperang dengan disleksia sejak kecil lagi, dan pada tahun 2015, barulah dia mendedahkan bahawa ia mengambil masa bertahun-tahun untuk dia merasa selesa bercakap mengenainya. Ketika kanak-kanak, Carl menjelaskan dia sering mendapat markah yang teruk, penuh dengan ‘merah’. Malah, untuk membaca di depan kelas merupakan satu penyiksaan baginya.
Baca: Baru Tahu Dato Aliff Syukri Penghidap Sindrom Disleksia, Ini Yang Anda Perlu Tahu
#5 Seorang lelaki yang mempunyai banyak bakat
Di samping menjadi pelumba kerata, suami penyayang dan seorang putera raja, Carl merupakan seorang pereka. Pada 2012, dia bekerjasama dengan Oscar Kylberg untuk melancarkan sebuah syarikat reka bentuk Bernadotte dan Kylberg. Syarikat reka bentuk mengkhususkan diri dalam hiasan dalam rumah termasuk pinggan mangkuk, pasu dan tekstil.
Memang handsome tapi dah kahwin…?