Penulis dah lama perhatikan pereka fesyen yang seorang ini.
Merupakan anak kelahiran sebuah kota kecil di Eropah, nama Teuta Matoshi Duriqi tidak asing lagi sebagai jenama “Haute Couture” termahsyur di daerah itu. Meskipun namanya tidak menjulang tinggi seperti jenama-jenama pereka antarabangsa lain kerana berasal dari Kosovo yang kurang dikenali… setiap satu ciptaannya adalah begitu teliti, malah setanding rekaan pereka yang sudah terlebih dahulu makan garam daripadanya.
Sentiasa berkonsepkan feminiti, helaian busana Teuta Matoshi Duriqi adalah terdiri daripada gaun kembang dan dress yang menyapu lantai. Perinciannya pula adalah berasaskan taburan manik, jahitan bunga timbul serta cita rasa seksi yang elegan (boleh dilihat menerusi garisan leher tirus serta belahan kain)… semuanya istimewa untuk para wanita yang mementingkan kelas.
Musykilnya sehingga kini, tiada lagi mana-mana selebriti popular yang pernah menggayakan rekaan Teuta Matoshi Duriqi melainkan Elle King sewaktu menghadiri Grammy Awards tahun lalu. Ya, biarpun ia boleh dianggap gah dan lebih cantik daripada hasil fesyen yang diilhamkan Valentino mahupun Stephane Rolland.
Untuk penilaian semua, Wanista hidangkan kamu dengan 10 rekaan menarik yang dihasilkan Teuta Matoshi Duriqi.
Cantik kan?! Ini baru sebahagian, banyak lagi sebenarnya gaun dan dress yang cantik-cantik ilham Teuta Matoshi Duriqi ni. Dijangka mereka akan mengembangkan sayap ke New York pula sejak mendapat permintaan yang tinggi dariapda peminat fesyen di Amerika.
Sebelum ini, Teuta Matoshi Duriqi pernah mempamerkan rekaan busana menakjubkan pada minggu fesyen di Dubai dan Milan sekitar 2016. Boleh lihat banyak lagi koleksi dress cantik [di sini].