Laporan People mengesahkan Janet Jackson menghubungi polis pada hari Sabtu untuk memeriksa kebajikan anaknya, Eissa Al Mana.
Anak lelakinya yang baru 17 bulan itu dijaga oleh bekas suami, Wissam Al Mana, di hotel Nobu, Malibu. Menurut pihak berkuasa adik Michael Jackson itu menghubungi mereka sekitar 10 pagi untuk mengetahui keadaan anaknya itu.
“Beberapa pihak berkuasa yang bertugas memutuskan untuk meninggalkan tempat itu selepas mendapati keadaan Eissa. Tiada bukti sebarang jenayah yang berlaku. Bayi itu baik-baik saja, jadi tidak ada laporan yang diambil,” jelas seorang jurucakap itu.
Abang Janet Jackson, Randy memberitahu Entertainment Tonight, penyanyi R&B menghubungi pihak polis selepas seorang pengasuh memberitahunya tingkah laku Al Mana yang dikatakan “agresif”, walaupun tidak diberitahu secara spesifik.
TMZ pula melaporkan Janet bimbang jika bekas suaminya itu mungkin menggunakan dadah di sekeliling anak mereka.