Islam telah tersebar di seluruh dunia selama beberapa ratus tahun lamanya. Oleh itu, tidak hairan jika terdapat penganut Islam yang tinggal di negara-negara di mana Islam adalah agama minoriti.
Ada di antara mereka yang dilahirkan sebagai Islam dan ada juga yang mengambil pendekatan memeluk agama selepas betul-betul mendalami kehalusan agama suci itu.
Siapa mereka yang penulis maksudkan?
#1 Zayn Malik
Mantan One Direction, Zayn Malik dilahirkan Islam. Bapanya adalah British-Pakistani dan ibunya memeluk Islam apabila dia bertemu dengannya. Malangnya Zayn terus dikritik di media sosial kerana gaya hidup yang bebas dan langsung tidak mengamalkan agamanya.
#2 Amal Clooney
Peguam hak asasi manusia dan isteri kepada aktor George Clooney berasal dari latar belakang Islam dan menurut laporan dia masih lagi seorang muslim.
#3 Janet Jackson
Walaupun belum disahkan secara rasmi, dipercayai Janet Jackson telah sepenuhnya memeluk Islam. Pada tahun 2012, Janet mengahwini billionaire Qatar, Wissam Al Mana, dan ramai merasakan bahawa dia memeluk agama selepas perkahwinan.
#4 French Montana
Khloe Kardashian pernah menjelaskan dia dan French tidak melakukan sebarang hubungan kelamin kerana kepercayaan lelaki itu terhadap agamanya. French menahan diri dengan menghindari alkohol dan berpuasa bagi menghormati bulan Ramadhan.
#5 Aziz Ansari
Pelawak Aziz Ansari dilahirkan Islam dan dibesarkan oleh ibu bapanya India-Muslim. Walaubagaimanapun, dia dilaporkan tidak mengamalkan agam tersebut malah ramai melabelnya “bukan orang yang beragama.”
#6 Akon
“Saya dilahirkan Islam… dan selalu ada perdebatan mengenai Islam dan muzik. Saya tidak pernah memandang aspek muzik itu sendiri, tetapi dengan niat. Walaupun anda melihat doa harian dalam Islam, kami berdoa dalam melodi. Apabila kita mendengar bacaan doa, ia juga dilakukan dengan melodi. Jadi, tidak ada yang dapat memberitahu saya bahawa muzik adalah haram.”
#7 Mahershala Ali
Pemenang Oscars ini memeluk Islam selepas melawat sebuah masjid dengan isteri dan ibunya.
“Saya seperti mempunyai tindak balas yang sangat kuat di dalam badan bila mendengar bacaan doa dan saya seakan menangis. Seminggu kemudian, saya pergi ke masjid dan memeluk Islam.”
#8 Supermodel Iman
Merupakan isteri kepada mendiang David Bowie dilahirkan di Somalia dan nama penuhnya ialah Iman Mohamed Abdulmajid. Walaupun berlainan agama Iman menegaskan, “Berkahwin tidak mengubah saya dari seorang Muslim menjadi seorang Kristian.”
#9 Mike Tyson
Pada tahun 2013, Tyson memberitahu, “Saya sangat bersyukur kerana menjadi seorang Muslim. Allah tidak memerlukan saya, tetapi saya memerlukan Allah.”
Dalam temu bual Oktober 2014, Tyson kemudian bercakap menentang pelampau Islam, “Saya sangat terkejut… Agama tidak buruk. Ia adalah manusia yang menjadikan agama buruk.”
#10 Mesut Özil
Seorang pemain bola sepak terkenal dunia Mesut Ozil sering dilihat berdoa sebelum perlawanan.
Özil berkata, “Saya sentiasa melakukan itu sebelum saya keluar (di padang). Saya berdoa dan rakan sepasukan saya tahu bahawa mereka tidak boleh bercakap dengan saya semasa tempoh singkat ini.”
Penulis tersentuh dengan kisah Mahersala Ali… Moga dia terus istiqamah dan yang lain juga.