Lagi seminggu nak raya, mesti tengah sakan menyiapkan biskut raya, belek baju dan tudung raya… Seronoknya!
Kalau dah sakan berbaju baru, mestilah kita nak bergambar, lagilah nak pamerkan diri from head to toe, orang kata OOTD (outfit of the day).
Sesuai pula beraya di kampung, bolehlah cuba bergambar dengan flora dan fauna di sana – paling terbaik dengan tumbuhan, nampak elemen sentimental di situ. Bersama-sama dengan trend semasa tentang kesejahteraan dan kehidupan hijau, tambahkan sahaja tumbuhan dalam gambar #OOTD sama ada sebagai latar mahupun props, ikut kepandaian sendiri. Yang pasti tumbuhan hijau mampu membuatkan kita tersenyum dan tenang melihatnya.
Kalau nak lagi mudah, ikut saja trik Wanista… Fighting!
#1 Jadikan tumbuhan sebagai latar
Cuba tiru gaya selebriti Nadine Luster, yang menjadi bunga matahari sebagai latar, seolah-olah dia berdiri di atas kertas dinding.
https://www.instagram.com/p/BVpXKG9B3rQ/?taken-by=nadine
Apa yang membuatnya istimewa? Foto ini lebih baik kerana latar belakang tumbuhan adalah nyata. Atau cara Marion Counter dengan lagaknya seperti sesat dalam kehijauan, menampakkan keseluruhan OOTD.
#2 Interaksi dengan tumbuhan
Cara kami, elakkan melakukan pose yang statik ketika bergambar dengan alam semula jadi. Cuba sentuh dan bersandar sedikit pada tumbuhan.
#3 Main dengan bayangan
Bayang-bayang terjadi apabila cahaya terhalang sesuatu benda, maka terbentuklah bayang-bayang. Menggunakan tumbuhan untuk menimbulkan bayangan pada outfit yang dipakai, sekaligus boleh tunjuk baju raya sekali.
#4 Color-match
Satu lagi cara boleh diguna pakai ialah color-match. Yang ini mungkin tumbuhan sama ada pokok, dahan, ranting, bunga yang secara kebetulan sama warna dengan outfit. Teknik ini mencipta imej yang menarik.
#5 Berdiri di sebelah tumbuhan yang tinggi atau besar
Di sini, ketinggian dan kebesaran tumbuhan sebenarnya membuat gambar tampak lebih menarik. Ambil contoh Heart Evangelista bergambar di sebelah kaktus yang tinggi lampai, ia memberi ilusi tinggi.
Marion Counter menambah twist dengan memilih outfits putih, untuk memberi kontra.
Sekarang dah ada idea nak bergambar masa hari raya nanti… Selamat Beramal ❤