Gaya fesyen sekarang lebih terarah kepada gaya sukan atau sporty. Wanita kini selesa untuk mengayakan kasut sukan daripada kasut tumit tinggi dan baju panas berbanding gaun labuh. Ciri-ciri kewanitaan sudah banyak diterapkan dalam pakaian sukan dan menariknya tentang fesyen sukan ia dapat memberi aura muda dan segar pada si pemakai.
Para supermodel yang dahulu giat melangkah dengan kasut tumit tinggi bertukar kepada gaya yang lebih kasual dan bersahaja. Benar, gaya sporty sememangnya tercipta untuk semua wanita tidak kira siapa anda.
Bagi penulis, penampilan sebegini senang sekali untuk ditafsirkan sebagai gaya ‘sedap mata memandang’.
Sivia Azizah selebriti muda Indonesia cukup terkenan penulis apabila melihat deretan gambar berfesyen sporty bersama kemasan hijab. Sivia berusia 21 tahun tampak serasi sekali dengan warna-warni sneakers dan seluar panas.
Mari kita sama-sama menjengah fesyen Sivia Azizah, ini yang paling Wanista suka dari Instagram beliau.
# Baju hoodie dipakai dalam dan digantikan dengan t-shirt labuh. Sivia kemudian padankan dengan seluar bercetak merah hitam untuk tampil kasual.
https://www.instagram.com/p/BbRhCZyHOiw/?hl=en&taken-by=siviazizah
# Guna sahaja stokin panjang bak Sivia bila dipakai dengan seluar paras buku lali.
https://www.instagram.com/p/BfQRyh-HzoO/?hl=en&taken-by=siviazizah
# Ada T-shirt labuh lama? Gayakan kembali dengan menyarung bomber jacket.
https://www.instagram.com/p/BffD_74nT-x/?hl=en&taken-by=siviazizah
# Luar biasa bila skirt tulle digabungkan dengan baju panas dan sneakers. Kemas!
https://www.instagram.com/p/BhOi-duHwmx/?hl=en&taken-by=siviazizah
# Paling on bila Sivia kenakan kot formal dengan t-shirt dan seluar sukan.
https://www.instagram.com/p/BjkQptcHlM6/?hl=en&taken-by=siviazizah
# Ringkas sahaja…sesuai untuk dipakai ketika bercuti. Pilih cetakan t-shirt menarik dan sneakers yang paling mengancam.
https://www.instagram.com/p/BgVueSFn3HW/?hl=en&taken-by=siviazizah
# Memang manis dengan warna merah jambu dan gaun labuh tapi tak salah kalau selit jaket militari bagi ada sedikit aura ‘ganas’.
https://www.instagram.com/p/BjpbPtQHOis/?hl=en&taken-by=siviazizah
Dan yang paling best tentang gaya Sivia, beliau tidak kisah pun dengan warna hijab. Pakai hitam sahaja untuk selamat dan senang.