Ratu cantik bukan sahaja dinilai dari pandangan fikiran mereka tapi juga bentuk fizikal yang dipamerkan supaya ia diperjelas sebagai satu kesempurnaan sesuai dengan ‘ratu cantik’. Saat yang paling ditunggu-tunggu apabila tiba pertandingan ratu cantik pastinya persembahan gaun malam dan peragaan pakaian renang.
Mungkin peminat Miss America dah boleh lupakan pusingan itu kerana ia bakal dibubarkan. Menurut pihak Miss America Organization, “kami tidak lagi mengadili peserta dengan penampilan fizikal. Itu perkara yang besar. Dan itu bermaksud bakal tiada lagi pertandingan pakaian renang.”
Malah nama pertandingan juga ditukarkan kepada ‘competition’ dari ‘pageant’ sebagai mengubah persepsi masyarakat tentang Miss America kini menyediakan biasiswa dan menghargai bakat para pemenang.
Perubahan yang dibuat ini salah satu mengembangkan lagi Miss America kepada semua wanita tidak kira siapa mereka. Kebanyakan wanita yang ingin menyertai program ini tidak mahu diadili melalui pakaian dan bentuk fizikal.
Gretchen Carlson iaitu pengerusi bagi organisasi ini berharap perubahan ini menjadi lebih terbuka, telus, inklusif kepada wanita yang mungkin sebelum ini tidak selesa menyertai program.