Lelaki sering dianggap gagah dan adalah suatu keharusan untuk seseorang pria itu memiliki perwatakan berani kerana itu yang telah diterap sedari dulu untuk diterima masyarakat.
Namun sebenarnya, tahukah kamu bahawa kita sebagai wanita terlalu banyak mempunyai tanggapan negatif terhadap kaum lawan? Ni beberapa mitos tentang lelaki yang kamu perlu berhenti percaya.
#1 Mitos: Tak Suka Bercakap Tentang Perasaan Mereka
Manusia mana yang sanggup menahan perasaan. Lelaki juga suka meluahkan isi hati namun kadang-kala, mereka terlalu malu dan takut diadili bila mereka berkongsi kisah kesedihan dan kesukaran yang dihadapi. Mungkin sebab itu itulah mereka memilih untuk pendam.
#2 Mitos: Lelaki Fobia Dengan Komitmen
Komitmen? Lelaki sebenarnya sama macam wanita. Mereka juga ingin cepat-cepat membawa pilihan hatinya menemui keluarga dan memperkenalkan mereka kepada rakan-rakannya. Kalau dah bersedia, mereka akan cepat bertindak dan tak teragak untuk meminang kamu secepat mungkin!
#3 Mitos: Lelaki Fikir Tentang Seks Setiap 7 Saat
Mana mungkin mereka terfikirkan tentang seks sebanyak 8,000 kali sehari? Kalau begitu mungkin mereka dah boleh dikategorikan sebagai manusia obsesi seks dan merupakan pesakit mental. Sebenarnya, hal ini adalah setara. Menurut kajian, rata-rata lelaki memikirkan tentang seks dengan purata cuma 19 kali sehari.
#4 Mitos: Saiz Kaki/Jari Kaki Lelaki Menggambarkan Saiz Ala Sulit Mereka
Jangan tak mengaku okay. Kawan-kawan penulis dulu pun suka bergurau dan melihat saiz kaki lelaki. Kata mereka ia menentukan saiz alat sulit lelaki. Semua tu tak ideal! Kata pakar terapi seksual, Stephen Snyder, sehingga kini tiada kajian sahih berkenaan kenyataan itu.
#5 Mitos: Lelaki Tak Emosi
Emosi biasanya dikaitkan dengan wanita… Lelaki pun sama je tau?! Walaupun diorang ni tak suka mengadu dan nampak cool sentiasa, ada masanya mereka akan emosi. Tengoklah dalam dunia hiburan, penyanyi dan pelakon lelaki paling ramai bunuh diri sebab tertekan.
#6 Mitos: Lelaki Susah Dibawa Berbincang
Sebenarnya lelaki suka bercakap -pernah cuba berkomunikasi dengan mereka? Cuma adakalanya mereka lebih suka berdiam diri kerana mahu menjaga hati kita. Maklumlah, perempuan susah nak terima teguran. Jadi untuk elak berperang mulut, baik diam je.
#7 Mitos: Rupa Wanita Adalah Segalanya
Nope! Memanglah kecantikan adalah bonus tapi menurut kajian, ciri-ciri sebenar yang dicari lelaki adalah wanita yang pandai bergurau, kelakar, bijak dan ada jiwa belas kasihan.
Hakikatnya, lelaki dan wanita sama sahaja. Sama-sama ingin dimanja dan sama-sama ingin dihormati. Selamat beramal! ❤