Eunice Gayson yang memainkan watak sebagai teman wanita filem perisik 007 popular James Bond untuk sekuel pertama dikhabarkan telah meninggal dunia.
Berita itu disahkan sendiri menerusi akaun Twitternya Sabtu lalu.
Memuat naik foto Eunice sambil disertai kapsyen, “Kami terharu unntuk memaklumkan bahawa Eunice kesayangan kami telah meninggal dunia pada tanggal 8 Jun”.
We are very sad to learn that our dear Eunice passed away on June 8th. An amazing lady who left a lasting impression on everyone she met. She will be very much missed. pic.twitter.com/c5kVHs256Y
— Eunice Gayson (@EuniceGayson) June 9, 2018
Aktres Britain itu dahulu pernah berdampingan dengan bintang Sean Connery dalam dua sekuel pertama filem James Bond tahun 1962 “Dr No” dan 1963 “From Russia With Love.
Tonton Sedutan Babak Dalam Filem James Bond Lakonan Eunice Gayson
Eunice yang lahir pada 17 Mac 1928 merupakan bintang yang menempa nama di layar perak sebagai penggoda seksi dalam filem James Bond, adalah anak kelahiran sebuah perkampungan kecil Surrey di daerah England.