Dunia modelling kini semakin pantas dan telah terbuka kepada semua wanita. Lihat contoh supermodel Winnie Harlow yang menghidapi masalah kulit vitiligo sudah memonopoli banyak jenama fesyen dunia.
Keunikan dan kelainan yang dimiliki sesetengah individu diangkat sebagai suatu kecantikan luar biasa. Ini petanda yang baik dan bagus sebagai contoh kepada mereka yang menghadapi masalah jika dianggap tidak normal.
https://www.instagram.com/p/BebZzHDlETC/?taken-by=tsunaina
Kenali model baru dari Asia iaitu Tsunaina yang telah dicop sebagai model unik yang mempunyai struktur wajah yang fotogenik. Menariknya model dari Tibet ini, dia bermula kerjayanya setelah diperhatikan oleh ejen modelling di jalanan.
https://www.instagram.com/p/BjqTakEFzFA/?taken-by=tsunaina
Kekuatan Tsunaina ialah kerana bentuk hidung yang unik, dahi yang luas serta kulit bersih dengan sentuhan tahi lalat.
https://www.instagram.com/p/Bf_lkRRFtHf/?taken-by=tsunaina
Walaupun hanya berketinggian 165cm tapi mata dan bibir mungil tetap menjadi tarikan utama.
https://www.instagram.com/p/BVSx5WGl4MH/?taken-by=tsunaina
Sememangnya Tsunaina memang dewi cantik yang unik. Okaylah kita angkat orang yang punya tarikan semulajadi sebagai figura daripada yang ‘cucuk sana, cucuk sini’.