“Berapa umur kamu?”
Ada segelintir kurang suka bila ditanya dengan soalan sebegini, ia dianggap tidak sopan tetapi usia adalah salah satu perkara pertama yang orang Korea ingin tahu tentang anda. Kenapa? Mereka mahu memastikan bahawa mereka menggunakan tahap ucapan dan adab yang bersesuaian ketika berinteraksi. Takut pula nanti tiba-tiba terkasar dengan orang yang lebih tua, bukankah naya.
Adakah anda tahu bahawa usia anda adalah berbeza di Korea daripada di negara lain? Ini kerana Korea mengira usia dengan cara yang berbeza. Tidak sukar untuk mengetahui usia anda sendiri di Korea, tetapi jangan terkejut apabila mengetahui anda boleh jadi 1 atau 2 tahun lebih tua di Korea daripada negara anda sendiri.
Cara Kira Usia Korea
Di Korea, bayi baru lahir dianggap sudah berusia setahun semasa kelahiran kerana ibu yang mengandung sembilan bulan dianggap sebahagian daripada tahun pertama kehidupan kanak-kanak.
Di kebanyakan negara, kita mengira usia dari hari dilahirkan. Bayi baru lahir di luar Korea berusia kosong tahun. Bayi akan menjadi satu tahun pada ulang tahunnya. Tetapi di Korea, bayi berumur satu tahun ketika lahir. Usia bayi di Korea tidak akan dikira pada ulang tahun, sebaliknya, dikira meningkat setahun setiap kali 1 Januari pada setiap tahun (Tahun Baru).
Contoh
Bayangkan bayi lahir pada 31 Disember. Keesokan harinya, 1 Januari, bayi itu akan berumur 1 tahun. Sekarang bayangkan bayi yang dilahirkan di Korea pada 31 Disember. Keesokan harinya, 1 Januari, bayi akan berusia 2 tahun. Bayi itu berumur satu tahun semasa kelahiran, dan memperoleh satu tahun pada Hari Tahun Baru.
Faham dah? Sekarang cuba kira usia korang pula. OMG tua setahun atau dua kalau cara Korea…