Ada sesetengah orang berpendapat Lembah Klang hanyalah bandar semata-mata.
Tanpa diketahui ramai sebenarnya banyak sahaja aktiviti berteraskan kampung yang anda boleh cuba disana. Sesuai untuk merasa yang berkampung dibandar dan teringin untuk melakukan aktiviti kampung rupanya ada sahaja aktiviti tersebut tersedia. Beberapa contoh termasuklah jelajah makanan tempatan atau aktiviti seni seperti lukisan batik. Dari lawatan budaya sehinggalah ke kembara ke air terjun, rata-rata keluarga boleh juga kekal aktif sambil meneroka Lembah Klang.
Jangan risau, Wanista kepilkan orang yang anda boleh hubungi untuk melakukan aktiviti ini melalui Airbnb.
Sepang: Menoreh getah dan makan tengahari alam mangkuk tingkat
Nikmati pengalaman sebenar menoreh pokok getah bersama Khairul dan alami kelazatan sayur-sayuran organik yang dihidangkan bersama juadah tempatan lain di dalam mangkuk tingkat daripada restoran tempatan di kawasan ini. Hubungi: Khairul
Bukit Bintang: Lawatan sehari menjelajah air terjun
Terokai denai yang terpelihara bersama Thomas sambil menjelajahi kepelbagaian bentuk muka bumi untuk sampai ke puncak, dan bermandi-manda di tiga air tejun yang indah. Sarapan dan makan tengah hari daripada restoran yang dipilih dengan teliti akan disediakan semasa pengalaman ini. Hubungi: Thomas
Fifth River: Kunjungi pulau nelayan tersembunyi
Menjelajah pulau nelayan tersembunyi bersama Chun Ynh yang akan memandu anda ke sekitar pulau kecil ini dan membawa anda melihat warga tempatan mencari rezeki. Sertai aktiviti menangkap ketam, kunjungi kedai makanan laut tempatan, kemudian nikmati makan tengah hari dengan sajian makanan laut yang segar untuk mengakhiri petang anda. Hubungi: Chun Ynh
Chinatown: Berbasikal dan menjamu selera bersama peneroka
Aktiviti kembara berjalan kaki dan berbasikal tegar yang akan membawa anda menjelajahi lorong-lorong tersembunyi di Kuala Lumpur. Selami pemandangan dan bunyi-bunyian di jalan-jalan ini, yang menghubungkan bahagian bandar yang lama dan yang baru. Hubungi: Elena
Imbi: Sehari menjadi kehidupan seorang pelukis Batik
Anda boleh mempelajari tentang pembuatan Batik, terutamanya kaedah mencanting. Masa inilah nak cungkil karya dan mencipta karya Batik sendiri! Hubungi: Colin
Kampung Baru: Kampung ditengah bandar
Perkampungan Melayu terakhir di Kuala Lumpur boleh ditemui di Kampung Baru. Fuad akan membawa anda menjelajahi budaya, makanan, dan seni bina tempatan, dengan berlatarbelakangkan Menara Berkembar. Hubungi: Fuad
Okay..dah boleh book dengan Airbnb!