Sakit gigi tidak semestinya melibatkan sakit untuk cabut, tampal atau jangkitan kuman semata-mata. Struktur gigi adalah sangat luas dengan faktor gusi, urat, otot saraf dan rahang.
Apa yang paling penting bukan sahaja kesihatan gigi tapi menyeluruh termasuklah gusi. Gusi adalah bahagian otot yang memegang gigi. Jika berlaku kerosakan pada gigi boleh memberi risiko bahaya pada keadaan gigi. Walaupun gigi anda cantik, bersih dan rapi tapi itu tidak bermakna anda mempunyai struktur gigi yang cantik jika gusi rosak. Kerosakan yang biasa kita semua alami ialah gigi sensitif akibat dari gusi nipis
Punca Gusi Nipis
Kerosakan gigi yang paling kerap berlaku ialah receding gums atau gusi nipis. Gusi yang nipis pada peringkat awal menyebabkan rasa gigi sensitif (ngilu) terhadap rasa sejuk dan panas. Punca utama terjadinya gusi menipis ialah dari memberus gigi terlalu kuat atau menggunakan berus gigi yang tidak sesuai dengan keadaan gusi. Sebab-sebab lain pula ialah:
# Terlalu banyak mengambil gula yanng memberi kesan asidik pada iritasi pada gusi dan gigi.
# Gemar mengetap gigi seterusnya boleh mengubah struktur gigi.
# Genetik keluarga ataupun memang sudah ada masalah tersebut sejak dari kecil.
Kesan Gusi Nipis
Pada awalnya pesakit akan mengalami rasa sensitif ketika makan makanan sejuk atau panas. Kemudian beralih pada yang lebih kritikal jika tidak dirawat awal, iaitu:
# Gusi bengkak dan berdarah
# Mulut berbau
# Gigi mudah bergerak jika mengunyah
# Gigi mudah tercabut
Apa perlu buat jika terjadi?
Perkara pertama yang perlu lakukan ialah dengan mendapatkan rujukan doktor untuk melihat tahap kerosakan yang dialami. Untuk mengembalikan semula gusi yang baik anda boleh mencuba:
# Minum teh hijau yang dikatakan tinggi antioksida bagi mengurangkan iritasi dan keradangan. Ambil dua cawan sehari sebagai rawatan pemulihan.
# Kumur mulut dengan minyak kelapa dara untuk membunuh bakteria.
# Pilih produk gigi seperti ubat gigi atau kumur mulut yang mengandungi aloe vera.
# Pengambilan Vitamin C juga membantu untuk memperbaiki tisu gusi yang rosak dan keradangan.
SUMBER