Kalau kita tonton rancangan memasak pasti ada sahaja kegunaan kertas aluminium untuk memangang makanan atau sebagai alas pemanas dalam ketuhar. Ada juga diantara menggunakan kertas ini bagi menutup makanan supaya ia biar dalam keadaan hangat.
Mungkin kita tidak selalu menggunakan kertas aluminium untuk memasak, hanya sekali dua sahaja. Tanpa diketahui ramai fungsi kertas aluminum bukan pada makanan semata-mata tapi ia boleh diolah penjadi penyelamat rumah.
Apa lagi agaknya kita boleh guna dengan kertas aluminium?
#1 Seterika pakaian
Bila seterika pakaian pasti ada bahagian kedutan yang memang degil sehingga terpaksa mengosok banyak kali. Untuk memudahkan kerja menyeterika pakaian, letakkan kertas aluminium dibawah alas papan seterika. Rasa panas lebih berganda dan kedutan juga cepat hilang.
#2 Tajamkan pisau
Anda boleh asah mata pisau atau gunting dengan kertas aluminum! Lipat aluminum kemudian ambil gunting sebagai tanda mengasah, cukup tujuh atau lapan kali dah tajam. Ringkas!
#3 Gilap barang perak
Jika set kutleri anda warna perak dah pudar, guna sahaja lebihan kertas aluminium untuk gilap. Apa yang perlu anda lakukan ialah letakkan kertas aluminium didalam bekas kemudian masukkan air sejuk dan sedikit garam. Rendam barang perak selama dua hingga tiga minit dan bilas, keringkan.
#4 Mudahkan pindah barang
Memang tak larat nak angkat perabot besar-besar! Tapi semua itu lebih mudah bila ada kertas aluminium. Letakkan sahaja gumpalan kertas aluminium dibawah tapak atau kaki perabot. Guna bahagian luar kertas aluminium untuk kesan lembut dan perabot senang ditolak.