Tahun lalu sahaja, Emirates memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik di Dunia bagi Anugerah Pilihan Pelancong TripAdvisor.
Anugerah tersebut mengiktiraf syarikat penerbangan terbaik dunia berdasarkan jumlah dan mutu ulasan dan rating syarikat penerbangan di seluruh dunia yang dikumpulkan sepanjang tempoh 12 bulan. Pemilihan Emirates boleh dijangka memandangkan ia adalah syarikat penerbangan antarabangsa terbesar di dunia, yang melakukan penerbangan ke 155 destinasi di 83 negara merangkumi enam benua.
Ingin menjadi sebahagian keluarga Emirates? Krew Kabin adalah tugas di mana anda dibayar untuk mengembara ke seluruh dunia.
Bunyinya memang menarik tetapi sebelum anda membuat permohonan, terdapat beberapa perkara tentang krew kabin penerbangan Emirates yang perlu diketahui.
Syarat Kelayakan Wajib Krew Kabin Emirates
#1 Pemohon mesti miliki ketinggian sekurang-kurangnya 160cm ke atas.
#2 Tidak mempunyai tatu yang boleh dilihat semasa memakai pakaian seragam.
#3 Kedua-dua pemohon tidak dibenarkan memakai cermin mata dan kanta lekap berwarna.
#4 Untuk borang permohonan, gambar perlu diambil dengan ‘pencahayaan yang baik untuk mengelakkan bayangan’.
#5 Pemohon wanita perlu memakai mekap penuh, hanya gincu merah dibenarkan – Emirates terkenal dengan gincu merah yang merupakan trademark, lip gloss tidak boleh sama sekali. Wajib memakai kasut tumit tinggi dan miliki kuku yang bersih.
#6 Pemohon lelaki wajib membersihkan diri dengan mencukur, tidak mengenakan sebarang mekap, rambut pendek dan kemas, mempunyai rupa paras menarik – dalam gambar mahupun hari penilaian.
Baca : Ini 17 Rahsia Pramugari Kekal Cantik Sepanjang Penerbangan
Berminat? Dilaporkan, faedah yang ditawarkan kepada krew kabin Emirates termasuk gaji bebas cukai dan tiket perjalanan konsesi.