Manusia…ada sahaja mencari kesalahan orang lain walaupun sebesar zarah.
Pasangan Youtuber berdarah Filipina yang menetap di New York menerima pelbagai komen-komen bersifat ejekan setelah berkongsi gambar cincin pertunangan mereka.
Jen Phanomrat dan Leo Samanamud yang baru-baru ini bertunang berkongsi khabar gembira dengan memuatnaik gambar mereka berdua sambil Jen menunjukkan cincin tunang di jari manisnya.
Gambar tersebut telah mendapat lebih dari 31 ribu likes dan beberapa komen yang kurang ajar.
https://www.instagram.com/p/BjrwhsljZbE/?utm_source=ig_embed
Kebanyakan darinya mengejek tentang saiz cincin pertunangan yang bertatahkan mutiara kecil.
“Awww cute. Where’s the ring?”
“It just seems like he went into the store like ‘show the smallest ring ever made,”
Terkejut dengan komen-komen sebegitu, Jen bertindak untuk menutup ruang komen dan memberi penjelasan dia bukanlah seseorang yang gemar memakai barang kemas dan sangat menyukai rekaan yang ringkas serta minimal. Rekaan cincin kecil itu mempunyai huruf nama mereka yang sangat bermakna buat Jen, itu yang paling penting.
https://www.instagram.com/p/BQg-Hr9g4kq/?taken-by=jeneatslife
Dia juga berasa kesal kerana tidak menyangka kebanyakan yang memberi komen ejekan tersebut adalah dari kaum wanita. Seharusnya wanita saling mendokong dan menghormati satu sama lain.
Apa pendapat anda dengan cincin tunang Jen Phanomrat ini?